roBUST
Legendary Member

- Messages
- 12,406
- Joined
- Oct 13, 2008
- Messages
- 12,406
- Reaction score
- 136
- Points
- 123
SHAH ALAM: Seramai 129 penjawat awam negeri Selangor dikenakan tindakan tatatertib dalam tempoh Januari hingga September tahun ini, Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor diberitahu, semalam.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan negeri, Dr Halimah Ali, berkata daripada jumlah itu, 96 peratus atau 124 pegawai adalah daripada kumpulan sokongan, manakala lima pegawai atau empat peratus kumpulan pengurusan dan profesional.
Beliau berkata, jumlah penjawat awam yang dikenakan tindakan ini membabitkan semua 42 jabatan atau agensi di Selangor.
“Majoriti kes salah laku yang dicatat adalah kes ketidakhadiran bertugas tanpa kebenaran ketua jabatan ataupun tanpa sebab munasabah iaitu 64 kes atau 50 peratus,” kata Dr Halimah ketika menjawab soalan Gan Pei Nei (PKR-Rawang) pada sesi soal jawab persidangan DUN di sini, semalam.
Dr Halimah berkata, kerajaan negeri sentiasa bekerjasama dengan Institut Integriti Malaysia dalam mengadakan program atau aktiviti yang berorientasikan penyuburan integriti dan moral bagi penjawat awam.
“Antara inisiatif yang diambil ialah mengadakan bengkel, seminar dan kursus berkaitan integriti, mengemas kini serta menyebarluaskan intipati Pelan Integriti Nasional,” katanya. — Bernama