BTC USD 75,649.4 Gold USD 4,330.39
Time now: Jun 1, 12:00 AM

125 Koperasi Di Pahang Tidak Aktif Tahun Lepas - Exco

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,760
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,760
Reaction score
289
Points
146
08f5ac8ed2891cb7b963e995984cf01768104ee52a981

ab01c732a9cb27b47975203520ec4fe168104efa5872a

ef2f83ac4f4740578520380db6075c0068104f0ce7932

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Felda, Koperasi dan Usahawan Pahang Datuk Amizar Abu Adam - Kredit: Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Pahang

Sebanyak 125 koperasi di negeri ini dikenal pasti tidak aktif pada tahun lepas yang kebanyakannya berpunca akibat pengurusan kewangan tidak tersusun.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Felda, Koperasi dan Usahawan negeri Datuk Amizar Abu Adam berkata Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Cawangan Pahang bagaimanapun sedang berusaha membantu koperasi yang berpotensi untuk diaktifkan semula.

“Terdapat 30 koperasi yang kita akan nilai semula untuk diaktifkan kembali. Hendak tubuh koperasi bukan senang, takkan nak mansuh dengan mudah,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Apresiasi Koperasi Terbaik  Pahang di sini hari ini.

SKM Pahang merekodkan sebanyak 780 koperasi aktif pada tahun lepas dengan jumlah perolehan lebih RM979 juta.

Sementara itu, Amizar berkata pihaknya berharap koperasi di negeri ini mampu kembali mencatat perolehan RM1 bilion pada tahun ini selain pihaknya berhasrat untuk memperkasakan koperasi dalam sektor pelancongan.

Dalam pada itu, Naib Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi dan Kawal Selia) SKM Siti Azlin Ahmad Dauta ketika berucap berkata Pahang mempunyai keunikan tersendiri dalam bidang pertanian, ekopelancongan dan kraf tangan.

Beliau berkata sehubungan itu, koperasi boleh menjadi platform terbaik untuk membangunkan industri berkenaan secara lebih sistematik dan berdaya maju pada masa depan.

Pada majlis berkenaan, Koperasi Serbaguna Daerah Jerantut Berhad meraih tempat pertama kategori Anugerah Koperasi Terbaik 2024 Top 350.

 
Back
Top
Log in Register