BTC USD 62,528.2 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

12 biji telur ular tedung selar ditemui

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg


Anggota JPAM menemui 12 biji telur ular ketika operasi menangkap ular di Solok Paya Kundang, Tehel, kelmarin. Gambar kecil: 12 biji telur ular
JASIN - Penduduk Kampung gempar dengan penemuan 12 biji telur ular dipercayai spesies tedung selar di tepi jalan Solok Paya Kundang di sini, lewat petang kelmarin.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Tehel, Rahim Selamat, 55, berkata, telur ular tersebut ditemui ketika operasi menangkap ular di kawasan berkenaan setelah menerima aduan penduduk yang beberapa kali terserempak dengan reptilia tersebut.

Menurut Rahim, penduduk yang melalui jalan itu ternampak ular terbabit dan sempat mengambil gambar sebagai bukti sebelum menghubungi Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) daerah Jasin.

“Ketika operasi yang dilakukan tiga anggota JPAM menemui 12 biji telur ular, bagaimanapun ular tersebut masih gagal ditangkap.

“Kita bimbang kerana jalan itu sentiasa dilalui penduduk termasuk kanak-kanak yang berjalan kaki dan berbasikal ke sekolah, malah ada yang ternampak bukan seekor ular tapi dua ekor ular.

“Difahamkan demi keselamatan penduduk, JPAM bersedia untuk meneruskan operasi menangkap ular tersebut setelah operasi ditangguhkan kira-kira jam 7 malam (kelmarin),” katanya.


sumber:http://www.sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/12-biji-telur-ular-tedung-selar-ditemui-1.489735
 
berita ni boleh percaya lagi banding berita pasal pm dan tpm..
 
Tudiaa byknya 12 biji..ble buat telur dadar ular tedung selar :D
 
kalau menetas lagi lagi bertambah ular kat situ.
 
jual kt sape ni ek nnt...ade yg suke ke telur ni
 
jaga2... mama ular tedung garang oii... aku nyaris2 kene masa kat asrama dulu... ngeri sampai skang...
 
Ular bertelur lagi garang dan agreasif dari normal, lagi2 species tedung ni.
 
Back
Top
Log in Register