BTC USD 62,412.2 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

11 maut nahas bas mini di Nairobi

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
459,504
Paid Membership
Joined
Mar 15, 2010
Messages
459,504
Reaction score
38,198
Points
2,836
kisumu.transformed.jpg

NAIROBI: Sebelas orang terkorban apabila sebuah bas mini yang padat dengan penumpang terbabas dan terbalik ke dalam parit, menurut polis trafik

Bas mini yang dikenali sebagai 'matatu' itu dalam perjalanan dari Sirare di sempadan Tanzania menuju ke bandar pelabuhan Kisumu

"Anggota penyelamat mengumpul lapan mayat di lokasi kejadian. Malangnya tiga yang lain meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital," kata pegawai polis trafik, Andrew Naibei

Sementara itu, Komisioner Polis Tempatan, Mohammed Maalim, berkata bas mini itu membawa terlalu ramai penumpang

Katanya, siasatan menyeluruh akan dijalankan untuk mengenal pasti bagaimana kenderaan lebih muatan itu boleh melakukan perjalanan sejauh itu

Menurut Jabatan Polis Trafik Kenya, kira-kira 3,000 orang maut setiap tahun di jalan raya negara itu yang sering dipenuhi dengan pelbagai kenderaan berat yang dipandu secara berbahaya

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/230706
 
Back
Top
Log in Register