BTC USD 83,134.1 Gold USD 4,183.05
Time now: Jun 1, 12:00 AM

1000pips sekali trade...

PANIK & HARAPAN....intraday

baik peristiwa ini berlaku dalam kelas intraday trading saya sabtu lepas, di permulaan kelas salah seorang pelajar mengadu "saya penatlah trading ini, setiap hari nak monitor entry yang sesuai, lepas entry pula nak kena closely watch pergerakan price takut dia reverse"

sebenarnya benda ni dah jadi common pada setiap kelas saya, ok anda sebenarnya tak perlu entry setiap hari, tahukah anda setiap kali anda enter trade anda sedang mengunakan deposit margin anda sebagai tangungan risiko , jika anda meletakkan RM400 sebagai stop loss setiap hari, maka setiap minggu anda menggunakan RM2,000 sebagai collateral! sebulan RM8,000 !

ia sesuatu yang tak munasabah untuk menangung risiko dimana anda boleh mengelakkannya. Dalam perniagaan bukan semua tender itu menguntungkan, bukan semua projek itu memberi pulangan yang baik, apa yang membuatkan seorang kontraktor itu untung ialah kebolehan ia untuk membezakan mana projek yang menguntungkan dan mana yang merugikan. Kebolehannya untuk memilih projek yang menguntungkan dengan tepat membolehkan ia berjaya.

begitu juga trading bukan setiap hari adalah sesuai untuk entry, tumpukan sahaja deposit margin anda untuk hari hari tertentu dimana anda yakin dengan 70% ketepatan bahwa intraday trade hari tersebut adalah menguntungkan.

Point 1:

baik kita tahu bahawa pergerakan pasaran adalah disebabkan keluar masuknya trader, lebih ramai trader pada hari tersebut maka lebih tinggi volume yang membolehkan harga bergerak , sekiranya tidak banyak transaksi yang berlaku pada hari tersebut maka harga akan flat/tiada pergerakan naik atau turun, ini adalah hari dimana kita elakkan untuk trade...

Point 2:

harga akan naik jika trader diberi HARAPAN dan harga akan turun jika trader PANIK, sekiranya dalam satu hari itu trader diberikan terlalu banyak HARAPAN dan PANIK maka pasaran akan turun naik tanpa keruan. Ini adalah hari kita elakkan trade.

Point 3:

hari yang baik untuk trade adalah hari dimana adanya satu atau dua HARAPAN / PANIK, dimana datangnya HARAPAN / PANIK? anda boleh jumpanya di NEWS calendar...


p/s : ini adalah kunci ketiga dari 13 kunci trader berjaya yg telah saya beri disini...

:)cgrock
 
cikgu.
nape x djawab soalan2 yg di tnye tu?
 
terima kasih banyak pada encik amri kerana sedia kongsi ilmu pengetahuan dlam forex nie...saya tgok ramai trader yg masih tk pham ape sbanar yeah itu forex dan kegunaan2 indi yg betul serperti support dan resistern..harap bro dpat berkongsi ilmu pengetahuan bro dlam forex..tq
 
alhamdullillah ...trima kaseh pade cikgu yg bnyk mengajar sedikt sebnyk dalam forex..
:D :D :D haku dah berjaya.......:)) :))
 
kasi up lagi thread ni. bagus utk newbie mcm saya
 
Teruskan bro....satu info yg bagus dijadikan panduan:)cgrock :)cgrock :)cgrock
 

Live Forex Chart

Currency
Rates
EUR / USD
1.12093
USD / JPY
158.265
GBP / USD
1.32269
USD / CHF
0.83108
USD / CAD
1.42300
EUR / JPY
177.404
AUD / USD
0.69832
Back
Top
Log in Register