BTC USD 82,055.2 Gold USD 4,165.56
Time now: Jun 1, 12:00 AM

100 tikus RM240

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
AMPANG JAYA: Penduduk empat kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) boleh memperoleh wang mudah hingga RM240 jika berjaya menangkap 100 ekor tikus dalam kempen yang diadakan selama sebulan bermula Khamis ini.

Tawaran itu dibuat Pasukan Penyelamat Persekitaran, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Teratai, Jenice Lee Ying Ha dan MPAJ yang turut menawarkan RM1 bagi setiap seekor tikus yang berjaya ditangkap penduduk Pandan Perdana, Cheras Indah, Maju Jaya dan Taman Kencana.

Jenice berkata, kempen seumpama ini pernah dilakukan MPAJ sebelum ini, namun gagal mencapai matlamat sebenar kempen berkenaan.

“Sebelum ini, MPAJ meminta orang ramai membawa tikus yang ditangkap kepada pihaknya dan peraturan ini menyusahkan orang ramai menyebabkan kempen itu gagal.

“Kini, orang ramai tidak perlu bersusah-payah untuk ke MPAJ kerana mereka boleh menyerahkan tikus yang ditangkap kepada sukarelawan kami di Jalan Perdana Utama iaitu di kawasan lapang di tepi Tenaga Nasional dan berhadapan kedai perabot,” katanya pada sidang media, semalam.

Menurutnya, orang ramai boleh menyerahkan tikus berkenaan pada setiap hari sepanjang kempen itu kecuali Ahad bermula jam 9 hingga 10.30 pagi.

“Penganjur turut menghantar sukarelawan ke taman perumahan terbabit untuk mengutip tikus, khas bagi suri rumah yang tidak mempunyai masa ke tempat kutipan berkenaan,” katanya.

Jenice berkata, MPAJ akan menukar satu sangkar yang bersih kepada orang awam yang membawa sangkar sendiri ke tempat kutipan.

“Kami menggalakkan penyertaan secara berkumpulan dan akan membuat catatan bilangan tikus yang diterima untuk membolehkan orang ramai mendapat ganjaran lebih lumayan berpandukan jumlah kiraan penyerahan tikus secara terkumpul selain menerima RM1 bagi seekor tikus.

“Orang ramai boleh mendapat sehingga RM240 berserta cenderamata sekiranya dapat mengumpul 100 ekor tikus pada akhir kempen ini,” katanya.

Menurutnya, kempen ini diadakan bagi memberi kesedaran kepada semua pihak supaya bekerjasama menjaga kebersihan Ampang Jaya.

“Saya berharap sasaran kutipan tikus sebanyak 1,000 ekor sepanjang sebulan kempen ini berlangsung akan tercapai dan menjadikan Ampang Jaya kawasan yang bersih apabila kempen ini berakhir,” katanya.
 
wa....bgs cadangan nie
kalau dipanjangkan kaw tmpat aku
knpem dapat smbutan
boeh jadi jutawan tikus:eek::))
 
Back
Top
Log in Register