BTC USD 62,068.1 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

100 mayat ditemui bawah salji

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
du_01.1.jpg

AFP - GAMBAR bertarikh 3 Mei 2015 ini menunjukkan seorang anggota tentera berdiri di hadapan sebuah bangunan bersejarah yang musnah di Dataran Durbar, Kathmandu, Nepal.


KATHMANDU – Cuaca buruk memutuskan hubungan dengan sebuah perkampungan terpencil di Nepal iaitu lokasi berpuluh-puluh penduduk kampung dan pendaki dipercayai tertimbus di bawah runtuhan salji akibat gempa bumi bulan lalu, kata seorang pegawai semalam.

Kerajaan Nepal memberitahu, jumlah kematian akibat gempa bumi yang me*landa negara Himalaya pada 25 April lalu kini mencecah 7,566 orang, manakala lebih 14,300 orang cedera.

Kira-kira 100 mayat ditemui pada Sabtu dan Ahad lalu di Kampung Langtang, 60 kilometer di utara Kathmandu yang merupakan laluan popular ke Gunung Everest bagi pendaki.

Keseluruhan kampung itu yang mempunyai kemudahan 55 buah rumah tamu untuk pendaki musnah ditimbus runtuhan salji. Pasukan penyelamat kini berusaha menggali ke dalam salji untuk mencari 120 lagi mangsa yang dipercayai tertimbus.

Pembantu ketua pegawai daerah di kawasan tersebut, Gautam Rimal berkata, pihak berkuasa tidak dapat menghubungi penduduk di Langtang sejak lebih 24 jam yang lalu disebabkan cuaca buruk.

“Kami berharap untuk menghantar helikopter penyelamat hari ini (semalam) ke kawasan berkenaan, namun kita tahu situasi di sana agak teruk,” katanya.

Jelasnya, mangsa yang terkorban termasuk tujuh pelancong asing, tetapi hanya dua yang telah dikenal pasti.

Sementara itu, sumber Kesatuan Eropah berkata, hanya 60 orang dari 28 negara Eropah masih belum ditemui. Ming*gu lalu, pegawai kanan EU menganggarkan kira-kira 1,000 rakyat Eropah hilang selepas bencana tersebut. – Reuters
 
Back
Top
Log in Register