BTC USD 63,968.8 Gold USD 4,495.85
Time now: Jun 1, 12:00 AM

100 kenderaan berlanggar

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
du_03.1.jpg


AFP - BEBERAPA anggota bomba cuba menyelamatkan mangsa dalam kemalangan tersebut.

SEOUL – Dua orang maut dan 43 lagi cedera semalam termasuk lima warga asing apabila 100 buah kenderaan berlanggar di sebuah lebuh raya dekat lapangan terbang antarabangsa terbesar di Korea Selatan, kata polis.

Pelanggaran bertindan-tindih itu berlaku semasa kabus tebal melitupi lebuh raya tersebut yang merupakan laluan utama dari Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon menuju ke kota raya ini.

“Kejadian itu dipercayai bermula apabila sebuah limousin merempuh belakang sebuah kereta,” kata seorang jurucakap polis.

“Lebih 100 buah kenderaan terlibat,” tambahnya.

Menurut jurucakap itu, cuaca berkabus menyebabkan para pemandu hanya dapat melihat sejauh 15 meter di hadapan mereka.

“Lima warga asing antara 43 mangsa yang cedera tetapi kerakyatan mereka masih belum diumumkan,” katanya.

Rakaman televisyen memaparkan petugas-petugas penyelamat bertungkus-lumus merawat mangsa di lokasi kemalangan.

“Saya terdengar bunyi berdentum di hadapan saya. Saya kemudian melanggar kenderaan di hadapan saya. Teksi saya berpusing lalu merempuh besi penghadang jalan. Saya pengsan selepas itu,” kata seorang pemandu teksi, Yoo Sang-young. – AFP
 
drive safely. meraung la syarikat insuran
 
fuh banyak nye. paling banyak aku tengok live 4 biji keta berlanggar.
 
Back
Top
Log in Register