BTC USD 63,954.0 Gold USD 4,331.37
Time now: Jun 1, 12:00 AM

10 Sebab Facebook Beli Whatsapp

7crew

Active Member
Messages
2,292
Joined
Aug 23, 2010
Messages
2,292
Reaction score
80
Points
30
Mark-Zuckerberg-sangat-berminat-dengan-platform-mudah-alih.jpg

1. Whatsapp mempunyai kehadiran mudah alih lebih banyak dari Facebook. Berbanding Facebook, Whatsapp kini mempunyai 419 juta pengguna aktif di seluruh dunia berbanding Facebook iaitu hanya 145 juta.

2. Data. Whatsapp menyimpan nombor telefon, nama, emel, log sembang dan banyak lagi data yang sebenarnya lebih bernilai daripada sejumlah USD16 bilion yang ditawarkan bagi membeli Whatsapp.

3. Mahu kalahkan Google. Sebelum ini, Google menawarkan angka USD10 bilion untuk membeli Whatsapp tetapi ia ditolak, tidak mustahil, tawaran baru akan dikemukakan dengan senang. Jadi sebelum Google berbuat demikian, lebih baik Facebook membelinya.

4. Pengasas Facebook, Mark Zuckerberg memang mengidamkan industri mudah alih namun aplikasi yang ditawarkannya melalui Facebook Messenger agak lambat untuk mendapatkan pengguna aktif berbanding Whatsapp. Cara mudah, beli saja aplikasi sedia ada yang telah terbukti popular.

5. Masa depan internet bukan terletak pada desktop tetapi pada pemakaian gajet mudah alih. Peluang mengembangkan aktiviti pengiklanan kini bukan hanya boleh dimasukkan dalam Facebook tetapi lebih meluas. Kini Zuckerberg boleh menjual iklan lebih banyak dengan harga lebih tinggi.

6. Mengejutkan apabila lebih 400 juta foto dihantar dan dimuat turun dalam Whatsapp setiap hari. Facebook pula hanya 350 juta foto. Instagram yang dibeli Facebook pula hanya 55 juta. Jika dicampur kedua-duanya, hanya lebih 5 juta saja. Ia jelas menunjukkan Whatsapp sebagai platform yang bernilai tinggi.

7. Laporan Delooitte 2013 jelas menunjukkan jumlah SMS semakin berkurang dari tahun ke tahun dengan kadar penurunan 5 bilion kepada 140 bilion dengan pilihan kini beralih kepada aplikasi mesej pantas (IM) yang bertambah kepada 300 bilion setahun.

8. Kos operasi lebih murah. Bayangkan Whatsapp kini hanya mempunyai 55 pekerja dan jika kosnya hanya USD100,000 setiap pekerja setahun, Facebook hanya perlu membelanjakan kira-kira USD5.5 juta setahun. Dengan kos keuntungan dijangka RM1 bilion setahun, Facebook masih mampu membuat untung berlipat-lipat ganda meskipun ratusan staf ditambah.

9. Naikkan nilai saham Facebook. Meskipun selepas pengumuman, nilai saham susut 3.4 peratus, untuk jangka masa panjang, ia dijangka menambahkan lagi nilai IPO apabila industri permesejan sangat diperlukan pada masa sekarang dan masa depan.

10. Mark Zuckerberg banyak duit! :)cgrock
 
11-sbb jutawan rupiah n billionaire zimbabwe tak beli....huhu
 
tak lama lagi penurunan yang teruk la seluruh dunia sms dan panggilan suara, semua pakai whatsapp je

telco untung langganan broadband dan langganan data sahaja.. orang hack data rugi la dia :))
 
bukan ke mark zukerberg suruh setiausaha dia renew langganan whatsapp mark lepas habis setahun, tapi kesilapan teknikal minah tu pergi beli syarikat whatsapp. sekian. :P

apapun ada org dpt durian runtuh 16billion usd..
 
11 - zukeberg dah nak abis tempoh trial setahun
 
bukan ke mark zukerberg suruh setiausaha dia renew langganan whatsapp mark lepas habis setahun, tapi kesilapan teknikal minah tu pergi beli syarikat whatsapp. sekian. :P

apapun ada org dpt durian runtuh 16billion usd..

16bilion bukannya 1usd der leh bayar pakai paypal account gitu2 jer
 
rezeki dia tu ... mmg banyak sangat dah ni
 
Back
Top
Log in Register