Iman_Sr
Banned

- Messages
- 29,961
- Joined
- Nov 24, 2010
- Messages
- 29,961
- Reaction score
- 408
- Points
- 131
10 Perkara Yang Sia-Sia – Ibn Jauzi
1.Ilmu yang tidak diamalkan.
A.Ilmu merupaka suatu perkara yang penting dalam hidup ini. Hinggakan, untuk membezakan tangan kiri dan kanan, manusia juga perlukan ilmu.
B.Ilmu yang bermanfaat hanya apabila ia dimanfaatkan/diamalkan ketika hidup ini.
C.Ilmu akan dipanggil sebagai maklumat apabila ia tidak diamalkan.
2.Amalan yang tidak ikhlas dan tidak mengikuti sunnah.
A.Amalan soleh yang dilakukan oleh kita, perlulah dicontohi daripada apa yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. Ia bagi memastikan segala perkara yang dilakukan itu bertepatan dengan kehendak Allah taala, sesuai dengan tugas Rasulullah s.a.w sebagai penyampai risalah Islam ini. Ini dikatakan mengikuti syariat Rasulullah s.a.w.
B.Amalan yang dikerjakan perlu juga dilakukan semata-mata kerana Allah taala, yakni apa yang kita panggil sebagai ikhlas.
C.Amalan yang mengikuti syariat tanpa ikhlas, ia akan tertolak.
D.Amalan yang ikhlas tanpa mengikuti syariat juga tertolak.
3.Harta yang bertimbun tetapi tidak dapat dimanfaatkan oleh tuan punya harta.
A.Harta yang digunakan pada jalan yang diredhai Allah itulah yang dikatakan rezeki/milik kita yang sebenarnya. Kerana, harta yang ditinggalkan nanti bakal menjadi harta pusaka, yang diagih-agihkan kepada waris.
4.Hati yang tiada perasaan cinta dan harap kepada Allah Taala.
A.Dalam hati seorang yang beriman perlu ada perasaan takut dan harap kepada Allah Taala.
B.Takutkan kemurkaan Allah
C.Mengharapkan keampunan dan rahmat Allah Taala
5.Tubuh badan yang tidak patuh kepada perintah Allah dan tidak berkhidmat untuk Nya.
A.Penciptaan manusia adalah untuk beribadah kepada Allah. Dalam konteks ibadah ini, ia merupakan suatu perhambaan kepada Allah semata-mata. Dan seorang hamba perlu taat kepada segala perintah tuannya.
B.Maka hendaklah setiap manusia patuh terhadap perintah Allah, sebagai tuannya dan perlu berkhidmat untuk Nya.
6.Mencintai Allah tanpa mematuhi suruhan Nya dan mencari redha Nya
A.Lafaz cinta pada lidah tidak cukup untuk membuktikan perasaan cinta seseorang itu kepada apa yang dicintainya, melainkan perlu ada bukti-bukti lainnya.
B.Seorang yang sarat dengan cinta kepada apa yang dicintainya, pasti akan menuruti apa jua perintah kekasihnya.
C.Maka, mencintai Allah tanpa mematuhi perintah Allah adalah suatu kepalsuan semata-mata.
7.Masa yang tidak digunakan untuk menghapuskan dosa.
A.Sebagai hamba Allah yang tidak maksum, ataupun tidak terhindar daripada melakukan dosa, seharusnya menggunakan masa berbaki untuk menghapuskan dosa dengan jalan-jalan taubat.
B.Jalan-jalan taubat tersebut adalah, menyesal, memohon ampun dan berazam (bukan berangan-angan) untuk tidak mengulangi kembali dosa tersebut.
8.Akal fikiran yang berfikir pada perkara yang sia-sia.
A.Akal fikiran yang dikurniakan kepada manusia, yang juga membezakan antara manusia dan haiwan, seharusnya digunakan kepada perkara yang bermanfaat.
B.Terdapat mereka yang menggunakan akal fikiran untuk berfikir tentang sesuatu yang sia-sia, sebagai contohnya membuat kajian mengenai kehidupan alam barzakh dengan alat-alat moden. Sedangkan telah termaktub, alam tersebut menjadi suatu rahsia Allah buat mereka yang masih hidup.
C.Antara contoh lain, ada sesetengah professor membuat kajian tentang kesesuaian kahwin sejenis dan sebagainya.
9.Berkerja untuk seseorang yang tidak mendekatkan diri kepada Allah
A.Jika dilihat pada skop yang kecil, mereka yang berkerja di tempat-tempat perusahaan yang haram –judi, arak dan sebagainya.
B.Namun dalam dunia hari ini, banyak juga perkara-perkara yang berkaitan dengan hal haram tadi. Contohnya, berkerja dengan fesyen yang tiada panduan atau limitation, melibatkan diri dalam perusahaan yang berunsurkan riba, melibatkan diri dalam persatuan yang memperjuangkan hak-hak kebebasan yang jelas bertentangan dengan Islam.
10.Mengharap dan takut kepada seseorang, pada hakikatnya seseorang itu juga tertakluk sepenuhnya kepada kekuasaan Allah.
A.Kebergantungan sepenuhnya hendaklah kepada Allah semata-mata.
_dipetik daripada Usrah Nov 2012 – huraian setiap point adalah huraian sendiri daripada pemahaman ketika Usrah. Jika ada pandangan, boleh ditegur.
SUMBER