balqis07
CG Top Poster Club

- Messages
- 30,953
Paid Membership
- Joined
- Jan 27, 2010
- Messages
- 30,953
- Reaction score
- 294
- Points
- 136
Sebuah bas ekspres yang dipandu di lorong paling kanan (dalam bulatan) di sebuah lebuh raya berjaya dirakam. – Gambar hiasan
SUNGAI BULOH – Sikap keras kepala pemandu bas ekspres yang memandu di lorong kanan lebuh raya menyebabkan 10 orang daripada mereka dikenakan tindakan dalam satu operasi oleh Jabatan Pe*ngangkutan Jalan (JPJ) di Hentian Rehat Sungai Buloh awal pagi semalam.
Mereka merupakan antara 25 orang pemandu bas ekspres yang dikesan melakukan pelbagai ke*salahan seperti menggunakan telefon bimbit ketika memandu, me*rokok, tiada lesen memandu selain tiada pemandu kedua dalam operasi mengejut yang dilakukan jabatan itu.
Pengarah JPJ Selangor, Datuk Valluvan Veloo (gambar kecil) berkata, terdapat pemandu kende*raan berat termasuk ken*deraan pengangkutan awam gagal mematuhi peraturan lebuh raya yang melarang mereka memandu di lorong pa*ling kanan kecuali untuk tujuan memotong kende*raan di hadapannya.
“Di bawah peruntukan Kaedah 4A, Kaedah-kaedah Lalu Lintas Jalan 1959, pemandu kenderaan barang atau kenderaan perkhidmatan awam tidak boleh secara berterusan menggunakan lorong pa*ling kanan di mana-mana lebuh raya kecuali untuk memotong.
sumber:http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0725&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_08.htm