BTC USD 63,419.5 Gold USD 4,478.27
Time now: Jun 1, 12:00 AM

10 jam bertarung nyawa

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
KUALA TERENGGANU - Seorang pemandu lori berdepan mimpi ngeri apabila dicampakkan ke dalam kebun kelapa sawit dengan kedua-dua tangan diikat sebelum kepala dihentak dengan pisau rambo dan dibelasah sehingga pengsan.

Kejadian samun itu berlaku di sebuah hentian rehat di Bukit Besi, Dungun, Selasa lalu.

Mangsa, 47, dari Kampung Sebesar, bertarung nyawa selama hampir 10 jam sebelum berjaya menyelamatkan diri dengan bantuan daripada pemandu lori yang melalui kawasan berkenaan.

Menurut sumber, dalam kejadian kira-kira jam 10 malam, mangsa yang memandu lori jenis Fuso membawa muatan minyak sawit mentah dalam perjalanan dari arah Kuala Terengganu menuju ke Bukit Besi bersama seorang lagi rakannya yang juga membawa lori muatan sama.

“Semasa tiba di lokasi kejadian, mangsa berhenti untuk mandi dan sejurus selesai, mangsa yang ingin meneruskan perjalanan telah didatangi tiga lelaki tidak dikenali, sebelum kepalanya disarungkan dengan kain dan terus dibawa masuk ke dalam sebuah kereta.

“Semasa di dalam kereta itu, mangsa yang terkapai-kapai telah diikat kedua belah tangannya dan lebih kurang sejam berada di dalam kenderaan tersebut, salah seorang daripada suspek telah membuka kain yang disarungkan ke kepala mangsa,” katanya, semalam.

Sumber berkata, ketika itu, mangsa menyedari dirinya telah dibawa ke dalam sebuah kebun kelapa sawit sebelum ketiga-tiga suspek bertindak mengikatnya di sebatang pokok di situ.

“Tidak cukup dengan itu, mangsa dianiaya dengan dibelasah dan kepalanya dihentak dengan belakang pisau rambo sehingga pengsan,” katanya.

Jelasnya lagi, mangsa hanya sedarkan diri keesokan harinya iaitu kira-kira jam 9 pagi dan berjaya membuka ikatan tali sebelum berusaha mencari jalan keluar dari kebun kelapa sawit berkenaan.

“Mangsa bernasib baik kerana terserempak dengan sebuah lori yang melalui laluan itu dan membuat laporan polis di Balai Polis Chukai, iaitu kira-kira jam 11.40 pagi,” katanya.

Susulan kejadian, mangsa mengalami kecederaan di bahagian kepala, dipercayai dihentak dengan belakang pisau rambo serta luka di pergelangan tangan. Keadaannya dilaporkan stabil.

Mangsa turut mengalami kerugian kira-kira RM70,000.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Dahlan Mohd Noor ketika dihubungi semalam mengesahkan kejadian dan menjelaskan lori milik mangsa telah dijumpai di kawasan semak di Kampung Pinang, Bukit Besi, kira-kira jam 3 petang, hari sama laporan diterima.

“Semasa ditemui, cermin tingkap dibahagian pemandu pecah dan muatan telah kosong serta terdapat kesan tumpahan minyak di sekitar kawasan.

“Lori tersebut ditemui kira-kira lapan kilometer (km) jarak daripada lokasi mangsa disamun,” jelasnya.

Kes berkenaan kini disiasat di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana samun.
 
geng curi minyak sawit pulak..patotla minyak masak stok kurang je
 
Kes jenayah dah makin serius. Ramai yang cari kerja halal jadi mangsa. Bila keadaan nak berubah ni?
 
Sebab ni kot malaysia masuk ranking negara kurg selamat
minyak kelapa sawit pun kena rembat
 
dimana2 skali pun kt malaysia ni dh x selamat..kat balai polis pun boleh kena bunuh..
 
Back
Top
Log in Register