BTC USD 81,293.3 Gold USD 4,165.56
Time now: Jun 1, 12:00 AM

10 Contoh Kemusnahan Nuklear

negara pengecut je guna senjata nuklear..
 
thanks TT,bnyak bende baru dapat belajar.banyak yg tak tau pasal kejadian nuklear sebelum ni.
 
aku tpk bleh k org malaysia ni tangani mslh cm jepun wat klo blaku kmlgn? :-? aku pnh thun ble ntah tmpt smpnn myk kt p.gdang tbakar n dkhuatiri klang sblh yg mghasilkn chemical mletup smpi ksan nya mjgkau 50KM! umh aku 2KM je kot drpd tu :(( da cuak gle2 dh. ni lg r klo letup bskala besa :-S:-S:-S:-S

ms tu mmg havoc p.gudang.. semua cemas melarikan dr dari p. gudang... jem yg gile teruk di stesyen minyak dan jalan kuar dr p.gudang.. nasib baik aku naik motor.. tu br ckit.. kalu nuklear xtaule aku mcm mane..
 
ms tu mmg havoc p.gudang.. semua cemas melarikan dr dari p. gudang... jem yg gile teruk di stesyen minyak dan jalan kuar dr p.gudang.. nasib baik aku naik motor.. tu br ckit.. kalu nuklear xtaule aku mcm mane..

woo,seyes havoc ek..tk dengar citer lak aku,,,maybe aku still kanak2 ribena lagi kot time tu,,tak pon,jenis tk bace sokkabar haha
 
woo,seyes havoc ek..tk dengar citer lak aku,,,maybe aku still kanak2 ribena lagi kot time tu,,tak pon,jenis tk bace sokkabar haha

macam kes kilang mercun dkt sg buloh tu la meletop..
kesan dlm radius 2 3 kilometer gitu org banyak
rase..benar..kalau nuklear mmg xleh bayangkan la..
mintak simpang je..
 
Nuklear dan Kesan Jangkaannya Kepada Dunia

Bom atom yang di gugurkan di Hiroshima merupakan peningkatan kuasa pemusnahan daripada beberapa tan TNT kepada kekuatan yang setara dengan ribuan tan TNT (kilotan). Bom hidrogen yang dihasilkan satu dekad kemudiannya merupakan peningkatan kekuatan daripada ribuan tan TNT kepada juta tan TNT (megatan).

Dunia dijangkakan akan mempunyai senjata nuklear berkekuatan 10,000 megatan TNT. Sebuah bom termonuklear mempunyai kuasa letupan lebih kuat daripada gabungan seluruh kuasa letupan yang pernah digunakan oleh manusia setakat ini, dalam setiap pertempuran di sepanjang zaman.

Peletusan bom nuklear menghasilkan gelombang letupan, gelombang terma, sinaran gamma dan neutron, luruhan radioaktif, denyutan elektromagnet dan gangguan-gangguan atmosfera. Hampir setengah daripada jumlah tenaga ledakkan nuklear dibebaskan melalui gelombang letupan. Gelombang letupan dihasilkan oleh peningkatan tekanan secara keraksaksaan yang berlaku di dalam bahan-bahan yang sedang mengewap. Melalui udara, gelombang letupan bergerak dengan kelajuan supersonik. Tubuh manusia boleh di asak mati oleh gelombang letupan sehingga ke tempat-tempat di mana tekanan lebihannya yang disebabkan oleh gelombang letupan, sekurang-kurangnya satu atmosfera melebihi tekanan biasa.

Walaupun dilindungi oleh perisai terma atau perisai sinaran, manusia di sekitar tempat letupan boleh mati akibat daripada kerosakan-kerosakan terhadap paru-paru, yang disebabkan oleh gelombang letupan. Satu pertiga daripada tenaga ledakan dibebaskan dalam bentuk kilat terma. Kilat terma menghasilkan suhu yang tersangat tinggi dan secara serta-merta menghantar gelombang terma yang bergerak dengan kelajuan cahaya. Suhu yang sangat tinggi ini mengkondensasikan segala yang berada disekitar tempat ledakkan. Pada jarak yang lebih jauh, bahan-bahan pepejal akan menjadi cair. Pada jarak yang jauh sedikit lagi suhu mungkin cukup tinggi untuk menyebabkan kebakaran. Kesemua ini akan menyebabkan terjadi ribut api.

Suhu akan meningkat tinggi, sehingga mereka yang berada ditempat-tempat perlindungan yang kukuh akan menjadi rentung atau mati kerana kekurangan oksigen Sebanyak 5% tenaga ledakkan nuklear dibebaskan melalui pancaran sinar gamma dan neutron. Pada bom termonuklear pancaran sinaran awalan ini tidak memainkan peranan utama membunuh secara serta-merta, kerana kesan letupan dan kesan termanya lebih hebat.

Denyutan elektromagnet yang dihasilkan oleh ledakkan bom nuklear tidak membahayakan manusia tapi ianya mampu memporak-perandakan sistem-sistem perhubungan moden yang mana lanjutan ini akan menyukarkan usaha-usaha penyelamatan mangsa. Selepas kesan serta-merta diatas berlaku pula luruhan radioaktif yang akan menyebabkan manusia menyerap dos sinaran yang boleh menyebabkan maut jika pendedahan berlaku dalam masa yang cukup lama terutamanaya jika berada dikawasan lapang. Satu megatan bom nuklear akan menghasilkan luruhan radioaktif yang boleh menyebabkan maut pada kawasan lingkungan 2000 km persegi.

Kesan peperangan nuklear tidak terhenti dengan kematian dan kecedraan yang berlaku secara serta merta sahaja. Kerana bukti penduduk Hiroshima dan Nagasaki yang masih hidup saki bakinya menunjukkan mereka menderita akibat dari kerosakkan dan kesan-kesan jangka panjang sinaran radioaktif yang terhasil. Antara kesan yang timbul adalah penyakit kulit, keguguran rambut, lukemia dan penyakit genetik semakin berleluasa selepas peperangan.

Bagi yang selamat, mereka akan menyaksikan satu pemandangan yang amat mengerikan. Mayat-mayat manusia dan bangkai-bangkai mangsa sinaran yang sedang mereput, sisa-sisa buangan dan najis yang tidak terurus akan menjadi tempat pembiakan yang cepat bagi lalat dan segala jenis serangga yang lebih tahan sinaran. Keadaan ini akan memudahkan penyebaran wabak penyakit.

Mereka yang sakit tidak dapat dibantu dengan berkesan kerana infrastruktur perubatan dan kesihatan tidak teratur ataupun lumpuh. Sistem perhubungan, sistem pengangkutan dan pendek kata segala jenis perkhidmatan dan perbekalan makanan dan tenaga menjadi lumpuh. Bekalan air melalui sistem yang ada tidak dapat berfungsi lagi kerana telah dicemari dengan luruhan radioaktif yang menyebabkan air tidk selamat untuk di minum.

Kesemua zarah-zarah halus terampai di atmosfera dianggarkan akan menghalang 99% cahaya suria daripada sampai ke permukaan bumi selama beberapa minggu, matahari pada tengaharinya seperti bulan purnama. Suasana gelap kesenjaan ini dijangka berlarutan sekurang-kurangnya enam bulan dan lapan bulan berikutnya suasana ini akan berkurangan sebanyak setengah kali ganda sahaja. Kegelapan ini akan menghentikan proses fotosintesis oleh tumbuhan menyebabkan banyak tumbuhan mati. Suhu yang terlalu rendah juga membunuh banyak hidupan dan menyebabkan rantaian makanan akan musnah serta tercemar. Mereka yang selamat akan mengalami kebuluran atau mati akibat keracunan radioaktif.

30% sehingga 70% lapisan ozon akan musnah dan memerlukan masa yang lama untuk membinanya kembali. Cahaya ultra-lembayung akan memasuki bumi dengan kadar yang tinggi mampu menyebabkan kanser kulit dan kerosakkan mata. Negara-negara yang tidak terlibat juga akan mengalami kesan dari segi fizikal dan ekonomi kerana sisa radioaktif yang bertebaran di atmosfera berpindah disebabkan pergerakkan atmosfera.

Dari segi ekonomi, jika negara yang terlibat adalah negara yang merupakan sumber pengeluar bahan makanan, ternakkan dan pertanian maka perdagangan dan pemebekalan antarabangsa sudah tentu akan mengalami krisis. Telaga-telaga minyak yang musnah menyebabkan sistem bekalan minyak dunia terganggu. Sememangnya ini amat merugikan dunia.

Kesemua di atas adalah kesan jangkaan yang dibuat oleh pakar-pakar nuklear yang sememangya telah dapat menjangkakan kesan berdasarkan eksperimen dan maklumat lepas yang diperolehi. Peperangan nuklear berpotensi untuk menyebabkan kemudaratan dan kemusnahan yang menyeluruh dan mengancam penerusan kehidupan manusia.


Oleh Nurnajmi Bt. Muhammad Khatib.
 
Tragedi Nuklear Jepun

Walaupun pernah melalui detik hitam yang menyaksikan Hiroshima dan Nagasaki musnah bak padang jarak padang tekukur dek bom atom, namun ia bukan menjadi titik noktah untuk menghentikan Jepun daripada membangun teknologi nuklear di negara itu.

Bukan mahu pisang berbuah dua kali lantaran mengetahui risiko yang bakal diterima sebaliknya, negara Matahari Terbit itu menjadikan sumber tenaga nuklear sebagai platform untuk membangunkan tanah air mereka.

Malah, walaupun menyedari duduk letaknya negara mereka dalam kawasan Lingkaran Api Pasifik yang cenderung dilanda gempa bumi, namun ia bukan penghalang untuk mereka memanfaatkan khazanah uranium itu sebaik mungkin.

Hingga kini, Jepun sudah memiliki 55 loji nuklear sekali gus antara yang terbanyak di dunia. Sebanyak 10 buah syarikat diberi mandat untuk mengendalikan loji tersebut antaranya Tokyo Electric Power Company (TEPCO), Kyushu Electric Power Company (Kyushu Electric), Chubu Electric Power Company (Chubu Electric) dan Tohoku Electric Power Company (Tohoku Electric).


Sumber tenaga elektrik

Menurut Persekutuan Syarikat Tenaga Elektrik Jepun (FEPC), kesemua loji tersebut mampu menawarkan output total penggunaan tenaga elektrik sebanyak 49,467 megawatt (MW).

Walaupun menyedari bahaya tenaga nuklear, sumber itu tetap menjadi pilihan utama bagi membekalkan jumlah tenaga yang besar dan murah untuk jangka masa panjang. Sehingga kini, loji-loji nuklear di Jepun dapat membekalkan 30 peratus keperluan elektrik negara, kata Pengerusi FEPC, Tsunehisa Katsumata.

ru_01.2.jpg

Gempa bumi dan tsunami yang melanda pantai timur Jepun menyebabkan kemusnahan harta benda yang teruk.

Mengimbau sejarah nuklear di negara itu, ia memulakan penyelidikan dalam program tenaga nuklear pada tahun 1954 berbekalkan peruntukan sebanyak 230 juta yen (RM8.69 bilion).

Undang-undang Asas Tenaga Atom dunia secara tegas mengehadkan penggunaan teknologi nuklear hanya bagi tujuan kebaikan sejak tahun 1955.

Undang-undang itu bertujuan untuk memastikan tiga prinsipal kaedah demokrasi, pengurusan yang bebas dan telus merupakan asas kepada aktiviti penyelidikan nuklear di samping kerjasama di peringkat antarabangsa.

Jepun mula mengimport reaktor kuasa nuklear pertamanya dari UK, Tokai-1 iaitu reaktor sistem penyejukan (Magnox) yang dibangunkan oleh GEC dengan kapasiti 160 megawatt. Ia mula beroperasi pada Julai 1966 sehingga Mac 1998.

Kejayaan itu menjadi pencetus kepada pembinaan lebih banyak loji nuklear baru di Jepun yang sehingga kini mencecah angka 55.

Bagaimanapun, keghairahan Jepun terhadap teknologi nuklear direntap baru-baru ini apabila gempa bumi berukuran 9 magnitud yang melanda negara tersebut menyebabkan siri letupan di loji nuklear Fukushima Daiichi.

Bencana tsunami yang mengorban lebih 10,000 nyawa itu menyaksikan berlaku kebocoran pada loji tersebut sehingga wap radiasi dibimbangi boleh menjejaskan kesihatan dan mengancam nyawa 128 juta orang di negara Matahari Terbit.

Ketua Pihak Berkuasa Keselamatan Nuklear Perancis (ASN), Andre-Claude Lacoste berkata, berdasarkan perbandingan skala krisis nuklear antarabangsa, tragedi di Fukushima dianggap lebih teruk daripada Three Mile Island, namun tidak seburuk kejadian di letupan di Chernobyl.

Kami dapat merasakan bahawa sekurang-kurangnya ia berada pada Tahap Lima dan berkemungkinan mencecah Tahap Enam. Saya mengatakan demikian selepas bercakap dengan rakan seangkatan dari Jepun, jelas Lacoste kepada AFP.

ru_01.3.jpg

Gambar fail menunjukkan insiden siri letupan di loji nuklear Fukushima Daiichi milik TEPCO akibat daripada gempa bumi baru-baru ini.

Bagaimanapun, Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) mengeluarkan maklumat rasmi bahawa kejadian kebocoran loji nuklear di Jepun itu diklasifikasikan sebagai Tahap Empat mengikut Skala Kejadian Radiologi Nuklear Antarabangsa iaitu berkisar di kawasan itu sahaja.

Berdasarkan rekod, kejadian letupan di Chernobyl, Ukraine (1986) berada pada Tahap Tujuh apabila mengorbankan 32 orang anggota bomba serta hampir 9,000 nyawa akibat impak ke atas kesihatan selepas letupan berlaku.


Kagum dengan rakyat Jepun

Sementara itu, pelajar Malaysia yang mengikuti pengajian Doktor Falsafah dalam bidang Kejuruteraan Perisian dari Universiti Hosei di daerah Kanto, kira-kira 20 kilometer dari Tokyo berkongsi pengalaman melalui saat-saat sukar akibat tragedi berkenaan.

Melalui laman sembang Yahoo Messenger, Fauziah Zainuddin, 36, memberitahu Kosmo!, pihak berkuasa Jepun terpaksa membuat catuan elektrik bagi menjimatkan penggunaan tenaga di seluruh negara.

Apabila bekalan elektrik terputus, berkemungkinan besar air juga tiada. Itu yang merisaukan kami sekeluarga. Apatah lagi saya mempunyai anak kembar yang baru berusia setahun lebih.

Cuma, terus-terang saya kagum melihat sikap rakyat Jepun dalam berhadapan bencana sebegini. Mereka sangat berdisiplin dan tenang menghadapinya. Malah, tidak membezakan antara rakyat asing atau penduduk tempatan dalam menghulurkan bantuan, jelas Fauziah yang belajar di Jepun sejak September 2009.


Kembali bangkit

ru_01.4.jpg

Jepun diyakini mampu untuk kembali bangkit dan meneruskan kehidupan selepas mengalami bencana alam yang meragut ribuan nyawa dan merosakkan infrastruktur negara itu.

Dalam pada itu, di sebalik kemusnahan besar yang dialami Jepun akibat bencana alam sedemikian, mereka diyakini mampu untuk kembali bangkit dan meneruskan survival kehidupan pada masa akan datang.

Mengulas perkara itu, Dekan Sekolah Kejuruteraan dan Teknologi Infrastruktur, Kolej Universiti Infrastruktur Kuala Lumpur (KLIUC), Prof. Dr. Roslan Zainal Abidin berkata, ia bergantung kepada kemampuan sesebuah negara dan bantuan antarabangsa.

Berdasarkan pengalaman mereka, negara Jepun tidak akan mengambil masa yang lama untuk pulih.

Teknologi dan kepakaran yang dimiliki secara tidak langsung akan dapat membangunkan semula ekonomi negara dalam tempoh kurang daripada lima tahun, ujar Roslan sambil menambah bahawa bencana itu juga akan menyebabkan berlakunya perubahan ke atas rupa bentuk muka bumi di kawasan yang terlibat secara khusus dan perubahan peta dunia amnya.
 
thanks TT,bnyak bende baru dapat belajar.banyak yg tak tau pasal kejadian nuklear sebelum ni.

sama2 bro..saya pon x banyak bende taw..
sama2 share utk rakan2 CG sini :)cgrock
 
Back
Top
Log in Register