BTC USD 60,934.3 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

1 maut, 2 parah bas terbalik

kopirait

CG Top Poster Club
gem
Messages
49,284
Joined
Apr 18, 2010
Messages
49,284
Reaction score
5,428
Points
486
19518hafidzul1_cropped_1529409070.jpg


SEORANG mangsa meninggal dunia manakala dua lagi parah selepas bas ekspres terbalik dalam kemalangan di Kilometer 33.3 Lebuhraya Karak menghala Kuala Lumpur berhampiran Gombak, 6.30 petang, hari ini.


Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Tey Kong Seng ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

“Pasukan penyiasat masih berada di lokasi dan masih belum diketahui jumlah sebenar mangsa yang terbabit,” katanya.

Sementara itu Penolong Pengarah Operasi Bomba Mohd Rizal Buang berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian terbabit pada 6.34 petang.

“Satu jentera digerakkan ke lokasi kejadian bagi menjalankan operasi menyelamat mangsa.

“Setakat ini punca kejadian dipercayai akibat bas berkenaan melanggar pembahagi jalan sebelum terbalik,” katanya.

Katanya, setakat ini pihaknya menerima laporan seorang sahaja mangsa meninggal duni, dua mangsa parah akibat tersepit.

“Bas berkenaan membawa 42 penumpang dalam perjalan ke Kuala Lumpur. Sehingga kini operasi menyelamat mangsa sedang dijalankan,” katanya.

Sumber
 
bas drpd mana?

assalamualaikum dan salam sejahtera

jenis insiden: Kemalangan bas terbalik
tarikh/masa terima panggilan: 19.06.2018 (1834)
sampai lokasi :
Alamat : Km33.3 lebuhraya karak menghala kl
balai terlibat: Bbp selayang
keanggotaan:
Komander operasi :
Laporan awal : Maklumat drpd pemanggil bas terbalik ke lembah selepas melanggar divider.
Mangsa:belum pasti
 
dari segi logo dalam gambar macam bas jengka liner
 
Back
Top
Log in Register