TT
CG Super Hardcore Club

- Messages
- 166,601
- Joined
- Jan 13, 2009
- Messages
- 166,601
- Reaction score
- 22,873
- Points
- 1,831
Riyadh: Seorang wanita warga asing meninggal dunia selepas dijangkiti Sindrom Pernafasan Asia Barat (MERS) di sini, meningkatkan jumlah kematian akibat wabak itu di Arab Saudi kepada 73.
Wanita itu berusia 55 tahun dan sehingga ini pihak berkuasa Saudi belum mendedahkan kerakyatannya.
Kementerian Kesihatan dalam satu kenyataan semalam berkata, lima lagi orang yang menetap di Riyadh disahkan menghidap penyakit itu, dua daripada mereka warga asing.
Khamis lalu, kementerian berkenaan melaporkan kematian seorang wanita Saudi berusia 70 tahun di Jeddah, tempat virus itu merebak sejak beberapa minggu lalu.
Ia juga melaporkan dua kes jangkitan di bandar itu. Antara mereka ialah petugas hospital, meningkatkan jumlah jangkitan MERS di Saudi kepada 218.
Minggu lalu, Kementerian Kesihatan Saudi mengumumkan kematian seorang pekerja lelaki sebuah hospital di Jeddah, warga asing berusia 45 tahun.
Kebimbangan merebaknya MERS di kalangan kakitangan perubatan di Jeddah baru-baru ini memaksa bilik kecemasan sebuah hospital utama ditutup sementara.
Ia mendorong Menteri Kesihatan Abdullah Al-Rabeeah melawat hospital berkenaan bagi mententeramkan orang awam. - Agensi
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/1lagimangsaMERSmati/Article/index_html