BTC USD 62,489.2 Gold USD 4,466.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

1,804 sekolah dibuka semula

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
ne_01.1.jpg

DARURAT jerebu di Muar, Johor ditarik balik setelah keadaan jerebu di bandar itu semakin pulih dengan bacaan IPU 125 pada pukul 5 petang semalam.

KUALA LUMPUR - Semua 1,804 buah sekolah di enam buah negeri membabitkan kira-kira 1.5 juta pelajar yang ditutup semalam ekoran krisis jerebu kritikal yang melanda negara sejak beberapa hari lalu dibuka semula hari ini setelah bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) bertambah baik.

Hanya 131 buah sekolah di Pelabuhan Klang dan Klang yang masih ditutup.

Semua 1,230 buah sekolah di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor akan dibuka esok kecuali sekolah di Pelabuhan Klang dan Klang yang membabitkan 161,886 pelajar masih ditutup kerana bacaan IPU di kawasan tersebut mencatat bacaan 319 iaitu melebihi tahap berbahaya semalam.

Penutupan itu membabitkan 93 buah sekolah rendah dan 38 buah sekolah menengah.

Negeri-negeri yang terlibat dengan penutupan sekolah semalam ialah Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Johor, Melaka, Pahang dan Negeri Sembilan.

Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Abd. Ghafar Mahmud berkata, berdasarkan kepada Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan, sekolah wajib ditutup sekiranya bacaan IPU melebihi 300.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.



sumber;http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0625&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm
 
da sampai ke tanjung malim, hulu selangor.. bagus gak, kurang da orng isap rokok... isap jerebu lak hehheheheheeee....
 
yang segan nak g sekolah mesti marah.hahahah tahu sangat ler..dulu pon den baloqq p sekolah..hahh
 
alhamdulillah makin kurang

harap hujan turun la cepat-cepat
 
kat klang teruk sgt ni.. dah bosar lubang idung den sedut asap..
 
Ni kat shah alam dah dekat cecah 300.. Pergi suruh sekolah lagik..aduh dah mengah nih.#:-S
 
Ni kat shah alam dah dekat cecah 300.. Pergi suruh sekolah lagik..aduh dah mengah nih.#:-S

tulah peliknya pastu bg arahan dibuka smpai kul 10.30 je..baik tutup terus..
 
Back
Top
Log in Register