BTC USD 81,546.8 Gold USD 4,165.56
Time now: Jun 1, 12:00 AM

1.6b ASM bertukar tangan?

ammal07

Super Active Member
Messages
5,069
Joined
Apr 3, 2008
Messages
5,069
Reaction score
369
Points
81
1.6b ASM bertukar tangan?

Oleh WAN NAJIB WAN DAUD
[email protected]

KUALA LUMPUR 10 Julai - Sikap suka bertangguh dalam melabur kini menyaksikan 1.6 bilion unit amanah Amanah Saham Malaysia (ASM) yang diperuntukan kepada bumiputera akan dijual kepada kaum lain.

Presiden dan Ketua Eksekutif Permodalan Nasional Berhad, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman (gambar) hari ini sekali lagi mengulangi kenyataannya kerana jualan ASM itu gagal mendapat sambutan.

Katanya, ASM yang mempunyai saiz 3.3 bilion unit, telah habis dijual untuk kuota kaum Cina manakala bagi India pula sehingga kini kuota mereka semakin habis dilanggani.

"Cuma yang tinggal adalah peruntukan Bumiputera sahaja dan jika ia tidak dapat dijual PNB mengambil keputusan untuk menjual kuota Bumiputera kepada kaum lain,'' katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis pelancaran Buku Sajak 30 Tahun PNB yang dilancarkan oleh Pengerusi PNB, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid, di sini hari ini.

Menurut Hamad Kama, terdapat enam bilion baki unit saham amanah Permodalan Nasional Bhd. (PNB) yang diperuntukkan untuk Bumiputera masih lagi boleh dilanggan.

Katanya, antara baki saham amanah untuk Bumiputera yang masih boleh dilanggan ialah Amanah Saham Wawasan, Amanah Saham Didik, Amanah Saham Nasional dan Amanah Saham Nasional 2.

Manakala, Amanah Saham Bumiputera (ASB) yang dananya terbuka adalah terhad kepada 200,000 unit bagi setiap pelabur.

"PNB masih mengharapkan agar Bumiputera mengambil kesempatan terhadap baki yang tinggal untuk melabur," katanya.

Hamad Kama berkata, setakat ini peluang untuk bumiputera melabur masih lagi terbuka dan berharap peluang itu segera diambil berdasarkan pulangan yang diberikan adalah kompetetif berbanding pelaburan dalam dana lain.

Dalam pada itu katanya, PNB tidak menafikan akan memperkenalkan dana-dana baru pada masa depan namun ia bergantung kepada keperluan dan kesesuaian.

"Kita tengok dari segi keperluan dan ia akan diumumkan apabila kita merasakan dana baru perlu diperkenalkan kepada umum nanti," katanya ketika merujuk kepada satu laporan akhbar yang menyatakan PNB akan memperkenalkan dana baru tidak lama lagi.

Hamad Kama berkata, pelbagai faktor perlu diambil kira sebelum satu-satu dana itu diperkenalkan kerana ketika ini masyarakat lebih berminat kepada dana-dana yang berharga tetap.

Beliau berkata, sehingga kini Bumiputera telah melabur dalam semua unit amanah PNB sebanyak 77 bilion dan angka itu jika dilihat merupakan satu peningkatan positif.

Bagaimanapun katanya, angka itu boleh meningkat lagi jika kesedaran pelabur Bumiputera terhadap dana-dana PNB yang dilihat berdaya saing dan menawarkan pulangan tinggi berbanding instrumen pelaburan lain di negara ini.

(...orang melayu bukan tak nak melabur dalam ASM, yg sebenarnya kita tak ada duit....)
 
bertul gak, org melayu tk berduit...ada duit pun simpan dlm bank je
 
asb pun x penuh..
camne.. tunggula sampai den keje..
lambatnye nak keje...
 
asb pun x penuh..
camne.. tunggula sampai den keje..
lambatnye nak keje...
 
Cuma yang tinggal adalah peruntukan Bumiputera sahaja dan jika ia tidak dapat dijual PNB mengambil keputusan untuk menjual kuota Bumiputera kepada kaum lain,'' katanya.
yg terdesak sgt nak jual tu apsal?
ada bau ikan dah ni
 
melayu takde liquid...tapi banyak asset..
Lagi satu mostly melayu xpandai nak manipulate asset yang dier org ade contonhyer tanah...banyak bende buleh buat n bende ni la yang buat melayu still lagi idup kat tanah sendiri walaupun layu. Cube korang bayangkan klu asset diorg jual n melabur dlm unit2 amanah ni...aku gerenti x sampai 11/2 keturunan dh lesap.. sebab tu aku lagi prefer klo melayu ade asset dlm bentuk tanah or rumah kedai compare dari melabur dlm unit trust ni... klo yg banyak modal tu bleh ar jadi developer ( asal jgn jadi ali baba cha ya nun alif dah!!) biar lambat asalkan selamat
 
Back
Top
Log in Register