BTC USD 60,796.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

1.5 juta pekerjaan 2020

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120

KUALA LUMPUR 21 Mei - Agenda ekonomi yang digariskan dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11) dijangka mewujudkan 1.5 juta pekerjaan menjelang 2020 dengan sasaran penambahbaikan dalam produktiviti buruh dan pengurangan kebergantungan terhadap pekerja asing berkemahiran rendah.

Menurut laporan RMK-11, kedua-dua sasaran tersebut adalah disebabkan peralihan berterusan daripada aktiviti ekonomi berintensifkan buruh kepada ekonomi berasaskan pengetahuan dan inovasi.

Di bawah teras strategik ‘meningkatkan pembangunan modal insan untuk negara maju’, laporan itu menjelaskan, sebanyak 60 peratus daripada pekerjaan yang akan diwujudkan dijangka memerlukan kemahiran berkaitan bidang Pendidikan, Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

“Ke arah ini, TVET dikenal pasti sebagai pemacu perubahan bagi Malaysia menghasilkan modal insan berkemahiran. Secara keseluruhan, bidang fokus ini akan menghasilkan modal insan bertaraf dunia yang diperlukan negara dalam fasa terakhir untuk menjadi negara maju,” jelas laporan tersebut yang bertemakan ‘Pertumbuhan Berpaksikan Rakyat’.

Laporan tersebut menambah, sehubungan itu, kerajaan akan menumpu kepada empat bidang fokus iaitu menambah baik kecekapan pasaran buruh bagi meningkatkan pertumbuhan ekonomi iaitu Fokus A dan mentransformasi TVET untuk memenuhi permintaan industri (Fokus B).

Selain itu, bagi Fokus C pula, kerajaan akan memperkukuh pembelajaran sepanjang hayat untuk peningkatan kemahiran manakala Fokus D menggariskan usaha menambah baik kualiti pendidikan bagi meningkatkan keberhasilan pelajar dan kecemerlangan industri.

Menerusi Fokus A, produktiviti buruh disasarkan berkembang pada purata 3.7 peratus setahun dalam tempoh RMK-11 berbanding 2.3 peratus dalam RMK-10.

Berdasarkan fokus tersebut, laporan itu berkata, pampasan pekerja kepada keluaran dalam negara kasar (KDNK) adalah 40 peratus pada 2020, berbanding 33.6 peratus pada 2013 dan gaji siswazah TVET dijangka menyumbang kepada peningkatan gaji penengah bulanan daripada RM1,575 pada 2014 kepada RM2,500 pada 2020.

Fokus B jelas laporan itu, memperuntukkan peningkatan bilangan pengambilan lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ke TVET iaitu sebanyak 225,000 berbanding 164,000 Pada 2013.

Sementara itu, kata laporan tersebut, Fokus C menjangkakan peningkatan sebanyak 58 peratus terhadap bilangan pekerja yang dijangka mendapatkan faedah melalui perluasan Akta Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB).

Menerusi langkah itu, bilangan pekerja akan meningkat daripada 1.77 juta pada 2014 kepada 2.8 juta pada 2020.

“Fokus D pula menyasarkan Malaysia berada sekurang-kurangnya setara dengan purata antarabangsa dalam penilaian Trend Pendidikan Matematik dan Sains Antarabangsa (TIMSS) serta Program Penilaian Murid Antarabangsa (PISA), meletakkan dua universiti dalam kalangan 100 Terbaik QS World University Rankings serta enrolmen 100 peratus bagi pendidikan prasekolah hingga menengah atas,” jelas laporan itu.
 
Back
Top
Log in Register