BTC USD 75,446.5 Gold USD 4,261.14
Time now: Jun 1, 12:00 AM

1,476 Warga Myanmar Bakal Dihantar Pulang Secara Sukarela Pada 29 Sept

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

1,476 Warga Myanmar Bakal Dihantar Pulang Secara Sukarela Pada 29 Sept​

8ff60939237beebe6f94a70f3227d23b6a90340aa7d51

Gambar fail
--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA

Seramai 1,476 warga Myanmar akan dihantar pulang secara sukarela pada 29 Sept ini menerusi fasa pertama program penghantaran pulang 5,000 pelarian Myanmar yang telah dimuktamadkan oleh kerajaan.

Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam kenyataan hari ini memaklumkan proses penghantaran pulang kumpulan pertama itu akan menggunakan dua kapal perang dan sebuah kapal hospital milik Tentera Laut Myanmar.

“Tarikh tersebut dipersetujui dalam mesyuarat penyelarasan yang melibatkan KDN, Kementerian Luar Negeri, Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Pertahanan selepas mengambil kira keperluan logistik serta penyelarasan,” menurut kenyataan itu.

KDN memaklumkan kerajaan MADANI sedang dan akan terus menggiatkan rundingan diplomatik secara langsung dengan kerajaan Myanmar bagi memastikan proses penghantaran pulang dilaksanakan secara teratur dan bermaruah serta dipersetujui oleh kedua-dua negara.

Menurut KDN, lebih 95 peratus pelarian di negara ini berasal dari Myanmar, termasuk etnik Rohingya, Chin, Karen dan Mon.

Myanmasia.....dah duduk lama sini, macam mana nak sesuaikan diri dengan kehidupan di sana? Huhuhuhuhu
 
Back
Top
Log in Register