BTC USD 63,437.9 Gold USD 4,329.99
Time now: Jun 1, 12:00 AM

1,000 syarikat degil

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
image.jpg

JANATHAN KANDOK (kanan) meninjau kaunter Skim Pembayaran Balik Pelancong di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, semalam. BERNAMA​

KOTA KINABALU 27 Mac - Kira-kira 1,000 syarikat di negeri ini masih berdegil untuk mendaftar sistem cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) walaupun cukai itu akan dilaksanakan kurang dari seminggu.

Pengarahnya, Datuk Dr. Janathan Kandok berkata, pihaknya tidak akan teragak-agak mengambil tindakan ke atas mereka yang memandang remeh isu pendaftaran GST itu.

“Kita akan bersedia menjalankan penguatkuasaan mengesan syarikat-syarikat ini. Namun, kita akan menyiasat terlebih dahulu sebelum mengenakan sebarang hukuman.

“Setakat ini, sebanyak 19,585 syarikat di Sabah sudah berdaftar di bawah GST,”katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyaksikan penyerahan kunci kaunter Skim Bayaran Balik Pelancong (SBBP) di Terminal 1, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu di sini hari ini.

Kunci kaunter berkenaan diserahkan Penolong Kanan Pengarah Kastam 1 (Bahagian GST), Saman Musli kepada Penolong Kanan Pengarah Kastam (Lapangan Terbang KKIA), Awang Razali Awang Engson.

Kaunter SBBP adalah satu kemudahan di bawah Seksyen 61, Akta GST 2014 bagi membolehkan pelancong menuntut pembayaran balik ke atas barang yang dibeli daripada kedai yang diluluskan dan dibawa keluar dari Malaysia.

Mengulas mengenai kemudahan SBBP, Janathan berkata, kaunter itu akan membolehkan pelancong asing yang layak menuntut semula cukai barangan yang dibeli daripada ejen-ejen kutipan cukai di bawah GST.

Ujar beliau, cukai berkenaan hanya boleh dituntut oleh pelancong asing dalam tempoh tiga bulan daripada tarikh pembelian barangan berkenaan.

Dalam pada itu, menurutnya, JKDM negeri telah bersiap sedia daripada segi kelengkapan, kekuatan anggota, sistem dan penguatkuasaan dalam berdepan pelaksanaan GST 1 April ini.

“Kita sudah bersedia dari semua segi bagi pelaksanaan GST ini. Oleh itu, saya berharap semua pihak terutama peniaga supaya bekerjasama dengan JDKM bagi memastikan mereka tidak dikenakan hukuman selepas pelaksanaan cukai itu kelak,” katanya.
 
Back
Top
Log in Register