BTC USD 81,227.0 Gold USD 3,995.86
Time now: Jun 1, 12:00 AM

INT ⚽ AFC Cup 2023

Kena kaji dan muhasabah diri lepas nih... Ngape la kerap sangat kena red card... Ini xbagus untuk pasukan... Xkan selama2 nya kita bernasib baik...

Tula..

Coach kena kaji blk perkara2 mcmni..

Klu slalu mcmni mmg boleh lemah jantung kwn ni..huhuhuhu..
 
Harap2 dua wakil msia dpt pergi jauh dlm afcni, mana tau final jdt vs pahang.
 
The Asian Football Confederation

10277063_10152776083462333_3186787735003615060_n.jpg
 
imageResize.ashx

JDT Raih Tempat Teratas Kumpulan F

Pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) menang tipis 1-0 ke atas kelab dari Singapura, Balestier Khalsa FC pada perlawanan Piala AFC 2015 di Stadium Jalan Besar, Singapura.
Gol tunggal perlawanan kedua Kumpulan F itu dijaringkan oleh Mohd Asraruddin Putra Omar pada minit terakhir permainan iaitu pada minit ke-92, sekali gus memberi tiga mata berharga buat pasukan dari selatan tanah air itu.

Bola hantaran Harris Harun itu dimanfaatkan dengan baik oleh Asraruddin yang melepaskan sepakan melalui kaki kirinya melepasi jangkauan penjaga gol tuan rumah, Zaiful Nizam Abdullah.

Skuad Harimau Selatan yang sebelum ini membenam wakil kelab dari India, Kingfisher East Bengal 4-1 di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin pada 24 Feb lepas, meraih tempat teratas dalam Kumpulan F dengan mengutip enam mata.

Perlawanan itu disiarkan secara langsung di saluran TV9.

Pasukan kendalian Bojan Hodak seterusnya akan bertemu wakil kelab dari Hong Kong, Kitchee FC pada Selasa depan di Stadium Mongkok, Hong Kong.

Dalam pada itu, sebuah lagi wakil negara, Pahang yang menundukkan wakil Myanmar, Yadanarbon pada 25 Feb lepas, akan bertemu Global FC dari Filipina pada satu lagi aksi Kumpulan G di Stadium Darul Makmur, Kuantan, esok.
 
Back
Top
Log in Register