BTC USD 76,586.2 Gold USD 4,362.61
Time now: Jun 1, 12:00 AM

‘Sekarang ini, ramai kawan dah kahwin dan saya memang cemburu’

kakigossip

Active+ Member
Messages
3,067
Joined
Apr 21, 2011
Messages
3,067
Reaction score
40
Points
40
InShot_20251227_160802231-scaled.jpg


"‘Sekarang ini, ramai kawan dah kahwin dan saya memang cemburu’" PETALING JAYA – Tidak berhenti berharap, pempengaruh media sosial Kasih Iris Leona berdoa agar 2026 menjadi tahun untuknya dipertemukan dengan cinta sejati.

Kata wanita berusia 23 tahun itu, menamatkan zaman solo merupakan hal serius, sekali gus enggan membuang masa menjalin hubungan tanpa sebarang matlamat.

“Saya benar-benar serius dan tidak mahu lagi bermain-main dalam soal hubungan.

“Kalau seseorang itu sendiri tak pasti apa yang dia mahukan, lebih baik jangan buang masa saya.

“Doakan agar 2026 menjadi tahun saya bertemu jodoh,” ujarnya dalam perkongsian video di TikTok.

Leona yang pernah meletakkan sasaran bergelar isteri tahun lalu juga mengakui cemburu melihat ramai rakan sebaya sudah berumah tangga.

Begitupun, anak kepada pelakon Azhar Sulaiman itu berkata, sehingga kini dia masih belum bertemu calon teman hidup.

“Saya rasa sekarang ini ramai kawan saya sudah berkahwin dan saya memang cemburu.

“Saya memang mahu berkahwin, tetapi macam mana nak kahwin kalau teman lelaki pun tiada,” ujarnya.

Pada masa sama, Leona tanpa berselindung meminta bantuan ibu saudara untuk mencarikan jodoh terbaik buatnya.

Menerusi ruangan komen, ramai menasihatinya agar jangan terburu-buru, sebaliknya menikmati usia muda dahulu dengan sepuas-puasnya. – KOSMO! ONLINE
==============================
Ala Leona, relax la dulu. Bukan senang nak jumpa jodoh kat IG ke FB skrg ni, orang lebih suka2 je. Dkt post IG semalam pun mcm malas2 je dia reply komen fans. Sabor je la sis! 😏📱

 
Back
Top
Log in Register