BTC USD 75,848.5 Gold USD 4,349.87
Time now: Jun 1, 12:00 AM

‘Saya tulis bukan untuk menghukum, tapi nak buka mata’

kakigossip

Active+ Member
Messages
3,067
Joined
Apr 21, 2011
Messages
3,067
Reaction score
40
Points
40
WhatsApp-Image-2026-02-20-at-1.13.42-PM.jpeg

HANYA mmeberi gambaran kasar, Erma berkata sudah tiba masa untuknya mengarahkan sebuah naskhah yang diangkat dari kisah benar.

‘Saya tulis bukan untuk menghukum, tapi nak buka mata’ PETALING JAYA – Penerbit Erma Fatima mendedahkan memilih waktu yang tepat untuk berkongsi mengenai naskhah terbaharu arahannya, Jangan Panggil Aku Gus selepas sekian lama tidak duduk di kerusi sutradara. Menurut Erma, 58, dia mempunyai sebab tersendiri apabila memilih untuk mengarah naskhah yang mengangkat tentang kisah benar tersebut. “Sebenarnya saya sudah lama tunggu waktu yang sesuai. Ada cerita yang tak boleh diceritakan terlalu awal. “Ada luka yang tak boleh disentuh sebelum masanya. “Mungkin sekarang dah tiba waktunya untuk saya zahirkan satu naskhah dari sebuah kisah benar,” katanya dalam satu hantaran Instagram hari ini. Katanya, naskhah tersebut adalah cetusan idea sendiri dan tidak dihasilkan semata-mata untuk menghakimi mana-mana pihak sebaliknya memaparkan bagaimana sepotong nama boleh menjadi beban dalam hidup seseorang. “Saya boleh sahaja memilih untuk menulis dan melihat orang lain mengarahkannya tetapi naskhah ini saya sendiri yang memilih untuk arahkan. “Saya tidak menulis untuk menghukum atau membuka mata sebaliknya tentang bagaimana nama boleh menjadi beban. “Jangan Panggil Aku GUS,” katanya lagi. Erma bagaimanapun masih tidak memperincikan mengenai naskhah tersebut sama ada dihasilkan dalam bentuk drama mahu pun filem. Terdahulu, menerusi Instagram mencetuskan tanda tanya ramai selepas memuat naik foto berada di set penggambaran untuk sebuah projek yang difahamkan dikerjasama Malaysia dan Indonesia. Turut kelihatan dalam foto hantaran tersebut ialah Datin Seri Umie Aida, Vanidah Imran, Puteri Sarah, Anna Jobling dan bintang Indonesia, Lukman Sardi, Bima Samudra, Elina Joerg serta Valentino. Sebelum ini, naskhah miliknya pernah menempa nama dan viral di Indonesia iaitu Bidaah. – KOSMO! ONLINE
==============================
Erma ni memang suka buat drama ada rahsia2, malas2 nak share detail pun kan. Tengok IG dia sibuk je dengan kerjasama dua negara, macam over la tapi tengok lah nanti. 🤭

 
Back
Top
Log in Register