BTC USD 75,561.0 Gold USD 4,359.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

‘Saya diet sebab ada simptom leaky gut, badan lemah’

kakigossip

Active+ Member
Messages
3,067
Joined
Apr 21, 2011
Messages
3,067
Reaction score
40
Points
40
BAIYAN.jpg

DEMI kesihatan dan emosi yang lebih stabi, pelakon Daiyan Trisha kini menjalani satu jenis diet yang menuntut berpuasa daripada menjamah makanan kegemaran selama ini.

‘Saya diet sebab ada simptom leaky gut, badan lemah’" PETALING JAYA – Ibarat berpuasa daripada menjamah makanan kegemarannya selama ini, pelakon dan penyanyi Daiyan Trisha membuat pendedahan sedang menjalani rutin diet ‘gut reset’ susulan beberapa perubahan ketara terhadap tahap kesihatan fizikal serta emosinya.

Ujar Daiyan atau nama lengkapnya Daiyan Trisha Mohd. Nasaruddin, 32, langkah tersebut diambil selepas dia menyedari simptom kesihatan seperti cepat penat, kulit mudah berjerawat, fikiran bercelaru serta tubuh terasa lembap dan tidak bertenaga.

“Saya buat video ini sebab nak kongsikan perkara sebenar. Hari ini hari kesepuluh saya jalani diet gut reset.

“Untuk diet ini, saya hentikan pengambilan gula. Saya ambil lebih protein, tak makan makanan laut atau daging merah. Saya hanya makan ayam kampung dan ikan.

“Saya buat diet ini sebab saya perasan simptom usus bocor. Badan cepat letih, muka mudah ‘breakout’, hilang fokus dan pergerakan jadi lambat,” katanya dalam TikTok.

Tambah pelantun lagu Penat itu, jadual kerja padat menjadi antara cabaran terbesar dalam memastikan pemakanan harian kekal konsisten dan terkawal.

“Sebelum ini saya ada bertanya tentang cef peribadi di Threads sebab panduan diet saya sangat ketat. Jadual saya pula padat dan tak sempat sediakan makanan sendiri.

“Nasi masih boleh makan, cuma kebanyakan makanan kegemaran sebelum ini sudah tak sesuai untuk saya,” ujarnya.

Mengakui minggu pertama menjadi fasa paling mencabar, pelakon drama Projek: High Councul itu berkata tubuhnya mengalami kesan ‘sugar withdrawal’ sehingga menjejaskan emosi.

“Minggu pertama saya rasa pening kepala sebab kurang gula. Saya masih boleh berfungsi, tapi tetap bergelut.

“Daripada situ saya sedar, rupa-rupanya saya sangat bergantung pada makanan untuk kawal emosi,” luahnya.

Paling penting kata Daiyan, walaupun mengamalkan pemakanan sihat sebelum ini, keinginan terhadap makanan goreng dan makanan kegemaran tetap sukar dibendung.

Dia juga menasihati orang ramai agar lebih peka terhadap kesihatan diri dan tidak memandang ringan isyarat awal tubuh.

“Saya memang makan sihat, cuma bila teringin makanan goreng, itu cabaran sebenar. Diet ini intensif, saya perlu bertahan sebulan penuh.

“Saya tak sabar nak habiskan walaupun prosesnya mencabar. Mungkin faktor itulah punca utama masalah usus saya.

“Jangan abaikan kesihatan. Badan kita selalu beri tanda, cuma kita saja tak perasan atau buat tak tahu,” tuturnya.

Terdahulu, menerusi perkongsian dalam Threads, Daiyan memaklumkan keperluannya mencari seorang cef berkemahiran bagi menyediakan hidangan harian berkonsepkan pemakanan sihat demi memastikan rutin dietnya berjalan lancar. – KOSMO! ONLINE.

==============================

Daiyan ni diet suka2, mana boleh tahan tengok food sedap-sedap sekarang ni. Kat IG dia pun masih aktif tunjuk makanan, malas2 nak percaya mak nyah ni. 🙄 Lagi la sekarang tengah 'sugar withdrawal'. Stay strong la sangat! 🤭

 
Back
Top
Log in Register