BTC USD 75,698.5 Gold USD 4,346.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

‘Perangai ‘red flag’ masalah individu, bukan sebab Kelantan’

kakigossip

Active+ Member
Messages
3,067
Joined
Apr 21, 2011
Messages
3,067
Reaction score
40
Points
40

‘Perangai ‘red flag’ masalah individu, bukan sebab Kelantan’​

JAA-SUZURAN.jpg

JAA Suzuran menolak pandangan mengatakan lelaki Kelantan kebanyakannya bersikap 'red flag'.

"‘Perangai ‘red flag’ masalah individu, bukan sebab Kelantan’" PETALING JAYA – Pelakon dan pempengaruh media sosial Jaa Suzuran menyangkal dakwaan segelintir pihak yang melabel pasangan khususnya lelaki berasal dari negeri Pantai Timur sebagai bermasalah.

Menurut Jaa atau nama penuhnya, Mohamad Faizal Ahmad, 32, orang ramai tidak seharusnya melabel sebegitu kerana masalah tersebut adalah bersifat individu, bukannya disebabkan dilahirkan di negeri tertentu.

“Masalah ‘red flag’ atau bermasalah ini bukan berpunca dari negeri sebaliknya sifat individu itu sendiri.

“Hubungan yang bermula indah tetapi terputus di tengah jalan dan dikecewakan, terus nak cakap lelaki asal Kelantan ‘red flag’. Sebenarnya lelaki atau perempuan dari mana-mana negeri lain sama saja,” katanya kepada Kosmo! Online baru-baru ini.

Di bagaimanapun bersyukur tidak pernah menerima gelaran tersebut daripada mana-mana wanita dikenalinya sebelum ini bamun menyedari isu berkenaan menjadi topik perbualan hangat netizen.

“Setakat ni tak pernah lagi dilabel sebegitu tetapi kalau boleh janganlah pukul rata semua lelaki asal Kelantan atau Pantai Timur ‘red flag’ hanya disebabkan kecewa dengan seorang individu

“Semua negeri sama saha. Mungkin lelaki dari negeri Perlis pun ada perangai sama seperti Kelantan.

“Bila sudah tidak suka, habis semua nak di’red flagkan’, lepas itu yang salah tetap Kelantan,” jelasnya yang bakal muncul dengan filem terbaharu, Tiket Sehala tidak lama lagi.

Tiket Sehala arahan Rahila Ali itu diinspirasikan daripada kisah benar yang berlaku ke atas mangsa penipuan pekerjaan di luar negara.

Selain Jaa, filem tersebut turut dibintangi Noki K-Clique, Ainee Mustafa, Zaki Yamani dan Sharifah Sakinah. – KOSMO! ONLINE
==============================
Adoi Jaa, tak habis2 defend lelaki Kelantan ye. Chill la, citer ni sama je cam tempat lain. Eh, follow Jaa kat IG, lately dia asyik promo filem baru, Tiket Sehala tu. Harap sedap la kan! 🙄🍿

 
Back
Top
Log in Register