kakigossip
Active+ Member
- Messages
- 3,067
- Joined
- Apr 21, 2011
- Messages
- 3,067
- Reaction score
- 40
- Points
- 40
‘Marikan bekukan telur saya’ – Elizabeth Tan teruja jalani IVF
ELIZABETH Tan kelihatan ceria dalam perkongsian tentang perjalanannya melakukan rawatan IVF mendapat zuriat.
‘Marikan bekukan telur saya’ – Elizabeth Tan teruja jalani IVF" PETALING JAYA – Tiga tahun menyimpan harapan bergelar ibu, penyanyi Elizabeth Tan nekad menjalani kaedah persenyawaan in-vitro (IVF) sebagai ikhtiar terakhir untuk memiliki cahaya mata.
Elizabeth, 32, berkata selain sokongan suaminya, Dr. Siew Jim Ding, dia turut berharap orang ramai dapat mendoakan proses dilaluinya itu dilancarkan.
“Hari ini saya di pusat IVF. Saya rasa sudah tiba masanya (jalani prosedur) setelah tiga tahun kami berusaha untuk mendapatkan zuriat.
“Mari bekukan telur saya,” katanya menerusi perkongsian video di Instagram.
Tidak mampu menyembunyikan perasaan yang bercampur-baur, dalam gementar penyanyi lagu Knock Knock itu turut teruja untuk memulakan pengembaraan peribadi.
“Jangan tanya saya gementar atau tidak. Sudah tentu saya gementar. Tapi prosesnya sangat mudah. Suami saya seorang yang sangat menyokong,” ujarnya.
Perkongsian Elizabeth atau mesra disapa Lizzy itu meraih sokongan ramai pengikut serta rakan seperjuangan dengan mendoakan impiannya bersama suami menjadi kenyataan.
Sebelum ini, Elizabeth pernah melakukan rawatan kesuburan Intrauterine Insemination (IUI) sebanyak dua kali tahun lalu namun gagal sebelum memberi tempoh empat bulan lagi bagi melakukan IVF.
Malah demi mendapatkan anak, Pelakon Pembantu Wanita Terbaik, Festival Filem Malaysia ke-33 (FFM33) itu turut mengambil rawatan hormon selain memperlahankan aktiviti seni selama setahun.
Terdahulu, Elizabeth dan Jim Ding mendirikan rumah tangga pada 21 Mac 2021. – KOSMO! ONLINE
==============================
Ala Lizzy ni gigih betul ya usaha nak dapat baby. Suka2 tengok dia kongsi journey kat IG. Harap usaha IVF kali ni berhasil.. Jangan malas2, teruskan usaha okay!
'Mari bekukan telur saya' - Elizabeth Tan teruja jalani IVF
PETALING JAYA – Tiga tahun menyimpan harapan bergelar ibu, penyanyi Elizabeth Tan nekad menjalani kaedah persenyawaan in-vitro (IVF) sebagai ikhtiar terakhir untuk memiliki cahaya mata.Elizabeth, 32, berkata selain sokongan suaminm, Dr. Siew Jim Ding, dia turut berharap orang ramai dapat...
www.kosmo.com.my