BTC USD 75,703.4 Gold USD 4,329.37
Time now: Jun 1, 12:00 AM

‘Ibu semakin okey tapi masih bergantung ‘life support’’

kakigossip

Active+ Member
Messages
3,067
Joined
Apr 21, 2011
Messages
3,067
Reaction score
40
Points
40
A.-AIDA.jpeg

PELAKON Azeva Natassha memaklumkan ibunya, A. Aida menunujukkan perkembangan positif meski masih bergantung kepada mesin sokongan hayat.

"Ibu semakin okey tapi masih bergantung ‘life support’" PETALING JAYA – “Alhamdulillah, dia dah semakin okey.”

Demikian respons pelakon Azeva Natassha mengenai perkembangan terkini ibunya, pengarah dan penerbit Datuk A. Aida yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) sebuah hospital.

Bagaimanapun, Azeva, 24, memaklumkan ibunya perlu sentiasa dipantau kerana masih bergantung kepada mesin sokongan hayat.

“Alhamdulillah dia (ibu) dah makin okey tapi masih bergantung dengan ‘life support’ (mesin sokongan hayat).

“Buat masa ini kena banyak pantau lagi,” katanya.

Menerusi perkongsian InstaStory, Azeva menzahirkan rasa dukacita dan merayu orang ramai untuk terus mendoakan kesembuhan ibunya.

“Dengan penuh rasa dukacita dan rendah hati, saya ingin memohon jasa baik semua untuk mendoakan ibu saya, Zaidah binti Awang (A.Aida) yang kini berada di ICU.

“Semoga Allah SWT melimpahkan rahmat-Nya, mengurniakan kesembuhan yang segera, menghapuskan segala sakit dan penderitaan serta memberikan kekuatan kepada beliau untuk kembali sihat.

“Semoga doa kita semua diperkenankan Allah dan ibu saya diberi peluang untuk terus bersama keluarga yang amat menyayanginya. Amin,” jelasnya lagi.

Sebelum ini, A. Aida dilaporkan rebah selepas melakukan rawatan fisioterapi dan difahamkan baru dua hari menjalani pembedahan pada kedua-dua lututnya.

Begitupun, dia dikatakan dalam keadaan sihat selepas pembedahan.

Menurut seorang rakan karibnya, A. Aida terpaksa ditidurkan manakala punca tahap kesihatannya menurun belum didedahkan kepada umum. – KOSMO! ONLINE
==============================
Ala kesiannya A. Aida, harap cepat sembuh la. Azeva tu nampak risau sgt kan? Memang patut pun stres, jaga ibu dalam hospital. Tapi pelik juga, harap jgn ada drama lebih sangat kat socmed. 🤭

 
Back
Top
Log in Register