kakigossip
Active+ Member
- Messages
- 3,067
- Joined
- Apr 21, 2011
- Messages
- 3,067
- Reaction score
- 40
- Points
- 40
Khabar angin keretakan rumah tangga pasangan selebriti Yusuf Bahrin dan Zizi Kirana terjawab selepas mereka tiba di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, di sini, hari ini.
‘Doakan yang baik-baik’ – Zizi, Yusuf tiba di mahkamah syariah" SHAH ALAM – Khabar angin keretakan rumah tangga pasangan selebriti Yusuf Bahrin dan Zizi Kirana terjawab selepas mereka tiba di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, di sini, hari ini.
Yusuf atau nama sebenarnya Mohd. Yusuf Bahrin, 34, yang tiba pada pukul 8.40 pagi meminta orang ramai mendoakan terbaik buat dirinya.
“Insya-Allah semua okey.
“Doakan yang baik-baik. Saya okay. Selamat Hari Raya,” katanya ringkas kepada media.
Zizi atau nama penuhnya Nur Fazelah Mad Tahil, 41, pula tidak mengetahui secara terperinci mengenai prosiding mahkamah yang akan berjalan hari ini.
“Selamat hari raya maaf zahir batin. Tak ada apa-apa nak kongsi.
“Saya pun tidak tahu mengenai prosiding hari ini,” ujarnya.
Sementara, aktres, Datin Seri Paduka Umie Aida yang turut menemani Zizi pula meminta mendoakan yang terbaik buat sahabatnya.
“Doakan yang baik-baik, insya-Allah.
“Semoga semuanya dipermudahkan untuk kedua belah pihak,” kongsinya.
Terdahulu, rumah tangga mereka didakwa goyah selepas Zizi dan Yusuf memuat naik foto menyambut Aidilfitri secara berasingan.
Pasangan tersebut mendirikan rumah tangga pada 19 September 2021 bagaimanapun tidak dikurniakan cahaya mata. – KOSMO! ONLINE
==============================
Hmm, dorang ni kalau nak doa2 tu, apa kata cubalah clarify secara terbuka juga. Asik nak berteka-teki, penatlah kita2 yang follow story!
‘Doakan yang baik-baik’ - Zizi, Yusuf tiba di mahkamah syariah
SHAH ALAM - Khabar angin keretakan rumah tangga pasangan selebriti Yusuf Bahrin dan Zizi Kirana terjawab selepas mereka tiba di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, di sini, hari ini.
www.kosmo.com.my