BTC USD 76,071.1 Gold USD 4,264.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

‘Biar orang nak kata apa’ – Fatiya Latiff tolak ‘buat’ semula muka

kakigossip

Active+ Member
Messages
3,067
Joined
Apr 21, 2011
Messages
3,067
Reaction score
40
Points
40

‘Biar orang nak kata apa’ – Fatiya Latiff tolak ‘buat’ semula muka​

InShot_20260624_090825370-scaled.jpg


“Biar orang nak kata apa” – Fatiya Latiff tolak ‘buat’ semula muka

PETALING JAYA – Pelakon Fatiya Latiff enggan tunduk dengan desakan segelintir netizen yang menyarankannya menjalani rawatan kecantikan di Korea Selatan, sebaliknya menegaskan bersyukur dengan rupa paras dimiliki.

Fatiya atau nama sebenarnya Nur Fathia Abdul Latiff, 38, berkata dia tidak berhasrat melakukan sebarang prosedur bagi mengubah penampilan wajahnya meskipun menerima pelbagai pandangan.

“Saya dah bersyukur dengan apa yang saya ada. Saya tak nak buat apa-apa dah kat muka saya. Biarlah orang nak kata apa pun,” katanya membalas komen seorang pengguna dalam Threads.

Terdahulu, seorang netizen mencadangkan agar pelakon terbabit menjalani rawatan pembentukan semula bentuk wajah di luar negara bagi meningkatkan keyakinan diri.

“Fatiya, kalau pergi Korea Selatan buat ‘fat grafting’ dan ‘contour’ muka dia semula, rasanya dah tak berdosa.

“Bukan ubah apa-apa, hanya untuk keyakinan diri. Kumpul duit atau pun pinjam duit mak ayah. Labur sedikit duit untuk anak,” tulis individu tersebut.

Bagaimanapun, pendirian Fatiya memilih menerima diri seadanya tanpa perlu mendapatkan rawatan estetik meraih sokongan ramai.

“Masya-Allah, betul tu. Sayangi diri sendiri. Kita cantik dan lawa di mata orang yang tepat dan tengok kita lawa dan cantik. Apa yang penting adalah kecantikan perangai dan adab kita,” tulis netizen. – KOSMO! ONLINE
==============================
Hahaha suka2 je netizen nak komen bab rupa Fatiya. Dia dah selesa dengan diri sendiri, kenapa nak ubah2? Hmm, malas2 nak melayan, support je la dia. LOL! Patut fokus tengok IG dia je, mana tau ada drama best!

 
Back
Top
Log in Register