BTC USD 75,701.6 Gold USD 4,338.70
Time now: Jun 1, 12:00 AM

‘Benda disangka hancurkan itulah dekatkan kita pada Allah’

kakigossip

Active+ Member
Messages
3,067
Joined
Apr 21, 2011
Messages
3,067
Reaction score
40
Points
40

‘Benda disangka hancurkan itulah dekatkan kita pada Allah’​

YASSIN.jpg

YASSIN sedar masa silamnya sudah tidak boleh diubah, dia reda dan masih berharap mampu menjadi insan lebih baik pada masa depan.

‘Benda disangka hancurkan itulah dekatkan kita pada Allah’" PETALING JAYA – Pernah berdepan pengalaman pahit yang menggemparkan negara, pelawak Yassin Yahya mengakui insiden dilalui menjadi pengajaran untuk memperbaiki diri serta menjaga hubungan dengan Allah.

Yassin berkata, setiap hal yang berlaku dalam kehidupannya sebelum ini banyak mengaja berkenaan insan, nilai kekeluargaan serta erti sebenar sebuah ujian.

“Aku ada satu kisah. Kisah yang satu Malaysia pernah tahu. Aku tidak pernah lupakan kisah itu sebab dari situlah banyak benda aku belajar tentang hidup.

“Tentang manusia, tentang keluarga dan paling penting tentang hubungan aku dengan Allah,” katanya menerusi perkongsian di Threads.

Menurut anggota kumpulan Senario itu, sebagai manusia biasa dia mengakui tidak terlepas daripada melakukan kesilapan serta punya kekhilafan.

“Kita ini manusia. Ada salah, ada silap. Tiada siapa pun atas dunia ini yang sempurna.

“Apa yang sudah berlaku, aku tidak boleh ubah. Tetapi aku boleh pilih untuk jadi manusia yang lebih baik daripada semalam,” katanya.

Bagaimanapun, Yassin bersyukur kerana kehidupannya kini lebih bahagia bersama keluarga serta insan tersayang.

“Alhamdulillah, hari ini aku bahagia dengan kehidupan aku, bersama keluarga dan orang yang aku sayang,” ujarnya.

Pada masa sama, pelawak berkenaan berkata, antara perkara terbesar dipelajarinya daripada perjalanan hidup tersebut adalah kepentingan sentiasa memperbaharui iman dan menerima setiap dugaan dengan hati terbuka.

“Satu benda yang aku belajar, iman kena selalu diperbaharui. Kita kena belajar mencintai ujian-Nya.

“Bukan sebab ujian itu mudah, tetapi sebab kita percaya Allah tahu kenapa kita perlu melaluinya,” kongsinya.

Yassin mengakui turut melihat sisi berbeza terhadap perkara yang pernah dianggap sebagai hal menghancurkan kehidupan apabila menyedari peristiwa lalu menjadi jalan untuk kembali kepada Allah.

“Kadang-kadang benda yang kita sangka menghancurkan hidup kita, rupanya itulah yang membawa kita kembali dekat dengan Allah.

“Hari ini apabila aku pandang semula perjalanan itu, aku cuma mampu cakap, alhamdulillah untuk segalanya,” katanya.

Sebelum ini, Yassin pernah berdepan kes ketika berada di Tanah Suci bagi menunaikan umrah yang mendapat perhatian meluas selepas ditahan pihak berkuasa Arab Saudi.

Terdahulu, sekitar dua tahun lalu media melaporkan penangkapan seorang pelawak di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdulaziz, Jeddah disebabkan dakwaan membawa peralatan berlambangkan bahan larangan.

Selepas itu ditempatkan selama enam bulan di Pusat Pentadbiran Dan Pengusiran Warga Negara Asing sebelum kembali ke tanah air pada Mei 2025. – KOSMO! ONLINE
==============================
Yassin ni ada je drama, suka2 buat hal, pastu sedih2 kat IG... Nasib baik ada keluarga yg support dia. Syukur dia belajar something dari experience pahit tu. Harap lepas ni dia keep it cool la.

 
Back
Top
Log in Register