BTC USD 75,561.0 Gold USD 4,359.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

‘Arwah ayah tak bagi jadi pelakon, saya tetap nak ikut jejak dia’

kakigossip

Active+ Member
Messages
3,067
Joined
Apr 21, 2011
Messages
3,067
Reaction score
40
Points
40
IMG_20260502_220132-e1777742770625.jpg

Alya menzahirkan kerinduan terhadap kedua-dua orang tuanya, Allahyarham Azmil Mustapha dan Jamaliah Jamari yang berbaur dengan rasa hiba membuatkan dirinya beremosi.

‘Arwah ayah tak bagi jadi pelakon, saya tetap nak ikut jejak dia’" KUALA LUMPUR – Muncul di layar perak hanya selepas lapan tahun bergelar pelakon, Alya Iman sebak terkenang arwah ibu bapanya yang tidak dapat melihat filem pertamanya, Pewaris Susuk.

Alya atau nama lengkapnya Nur Alya Iman Azmil, 25, berkata, kerinduan terhadap kedua-dua orang tuanya, Allahyarham Azmil Mustapha dan Jamaliah Jamari yang berbaur dengan rasa hiba membuatkan dirinya beremosi.

“Tentu sahaja saya sebak melihat diri sendiri di skrin besar buat kali pertama selepas menunggu selama lapan tahun. Agak beremosi berada di momen begini.

“Mungkin pada orang lain tiada apa-apa, tapi untuk saya dapat kepercayaan muncul di layar perak merupakan satu pencapaian besar.

“Saya juga berharap ibu bapa saya ada di sini pada majlis tayangan perdana ini. Apa pun saya selalu ingatkan diri untuk menghargai individu yang sentiasa ada untuk saya,” katanya usai malam gala Pewaris Susuk, baru-baru ini.

Mengimbas kembali masa lalu, anak kepada aktor versatil, Azmil Mustapha itu mengakui arwah bapanya lebih selesa andai dia menumpukan perhatian kepada pelajaran berbanding menceburi bidang seni.

Kata Alya, insan dihormatinya itu tidak menghalang keinginannya untuk mengikuti jejak langkah sebagai pelakon cuma lebih mengutamakan pendidikan ke peringkat tinggi.

“Dulu arwah ayah memang tak bagi saya berlakon tetapi saya nak ikut jejaknya sebagai anak seni. Jadi sebaik memasuki bidang ini impian saya tentu mahu muncul di layar perak,” ujarnya.

Dalam Pewaris Susuk, Alya membawakan karakter pembantu rumah kepada pasangan suami isteri Hadift lakonan Datuk Rosyam Nor dan Seroja (Che Puan Sarimah Ibrahim).

Diarahkan Faizal Nadxaman, filem seram yang juga terbitan Primeworks Studios dan Anomali Media itu ditayangkan di pawagam bermula 30 April lalu. – KOSMO! ONLINE
==============================
Alahai Alya, usaha kuat awak ni gempak lah jugak kan walau ayah dulu tak bagi. Ni tengok kat IG dia pun asyik update suka2. Jangan malas2 nak cecita lebih, maintain kuat teruskan je. 🥱💅

 

Terkenal Dengan Watak 'Ali S3tan' || AZMIL MUSTAPHA TINGGALKAN SEGALANYA SEBELUM PERGI​

Pada pagi 14 Februari 2018, Azmil Mustapha masih bangun seperti biasa dan mengejutkan anak bongsunya, Alya Iman, untuk menunaikan solat Subuh. Mereka sempat berbual sebelum Azmil kembali berehat di kediaman keluarganya di Pangsapuri Sri Permata, Seksyen 9, Shah Alam. Dia masih mempunyai jadual ceramah pada minggu berikutnya dan merancang menghadiri majlis resepsi perkahwinan anaknya tiga hari kemudian. Namun selepas kembali tidur, Azmil ditemui sudah tidak bernafas.

 
Back
Top
Log in Register