BTC USD 76,358.3 Gold USD 4,327.02
Time now: Jun 1, 12:00 AM

€˜One In, One Out’ Antara Cadangan Kawal Beban Tugas Guru

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,158
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,158
Reaction score
346
Points
141

‘One In, One Out’ Antara Cadangan Kawal Beban Tugas Guru​

4647b17c7f134a019ef99a548b97b1226a75a075aec1d

11d2abb306e9ee40d5d0024c358423d86a75a1073981e

Presiden Persatuan Ikatan Guru Muslim Malaysia (iGuru) Mohd Azizee Hasan - Gambar fail

Audit beban tugas secara berkala serta pelaksanaan prinsip One In, One Out, dicadangkan bagi mengawal pertambahan tugasan bukan pengajaran dan pembelajaran (PdP) dalam kalangan guru, supaya tanggungjawab baharu tidak terus menambah beban sedia ada.

Presiden Persatuan Ikatan Guru Muslim Malaysia (iGuru) Mohd Azizee Hasan berkata menerusi prinsip itu, setiap tugasan baharu yang diperkenal perlu menggantikan satu tugasan sedia ada, manakala audit berkala membolehkan setiap tanggungjawab dinilai berdasarkan keperluan sebenar.

Beliau berkata cadangan itu perlu diberi perhatian, susulan peningkatan aduan berkaitan beban tugas yang diterima iGuru sejak beberapa tahun kebelakangan ini, antaranya membabitkan tugasan dokumentasi dan pelaporan yang bertindih dan pengisian data dalam pelbagai sistem yang mempunyai maklumat hampir sama.

“Guru juga mengadu berkenaan keperluan menghadiri mesyuarat dan taklimat yang terlalu kerap sehingga mengganggu masa persediaan PdP, selain pelaksanaan pelbagai program serta aktiviti luar bilik darjah tanpa mengambil kira kekangan masa guru.

“Guru sebenarnya tidak keberatan melaksanakan tanggungjawab tambahan, namun mereka berharap setiap tugasan yang diberikan mempunyai nilai tambah yang jelas terhadap pembelajaran murid,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Mohd Aziziee berkata pihaknya turut menerima banyak aduan daripada guru yang meluahkan keletihan fizikal dan emosi, selain kehilangan motivasi apabila terlalu banyak masa diperuntukkan kepada tugasan pentadbiran berbanding tugas mendidik murid.

“Dalam keadaan tertentu, tekanan yang berpanjangan boleh membawa kepada burnout, sekali gus menjejaskan prestasi kerja, hubungan sosial dan kesejahteraan diri. Oleh itu, menjaga kesejahteraan guru perlu menjadi agenda utama dalam sistem pendidikan negara,” katanya.

Sementara itu, Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) Aminuddin Awang berkata pihaknya turut menerima pelbagai kegusaran daripada guru, antaranya berkaitan aduan tanpa asas melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) terhadap guru, selain isu disiplin murid yang sukar dikawal.

“Ada yang bersifat permasalahan individu, contohnya isu kenaikan pangkat, pertukaran, pertikaian dengan pihak atasan dan lain-lain. Ada juga yang bersifat masalah umum, seperti pengisian data yang tak berkesudahan, bebanan melayan whatsapp group ibu bapa,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register