BTC USD 83,135.8 Gold USD 4,133.53
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Stocks News

A dynamic discussion space where members share and analyze the latest stock market news from around the globe. Topics include market trends, major index movements, company earnings, economic updates, and geopolitical events impacting stocks. Participants exchange insights, predictions, and strategies, fostering an engaging community for both novice and experienced investors.
Niaga Hadapan FBM KLCI Dijangka Berlegar Pada Paras 1,600 Minggu Depan
Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka stabil pada sekitar paras 1,600 minggu depan apabila para pelabur mengambil pendekatan berhati-hati menjelang pengumuman data utama luaran. Ketua penyelidikan Berjaya Research Sdn Bhd Kenneth Leong berkata para pelabur akan memantau rapat pengumuman anggaran ketiga dan terakhir data keluaran dalam negara kasar (KDNK) suku kedua Amerika Syarikat (AS) bagi mencari petunjuk momentum ekonomi negara itu. “Data itu juga mungkin mempengaruhi hala tuju dasar monetari Rizab Persekutuan AS,” katanya kepada Bernama. Data tersebut dijadual diumumkan pada 25 Sept, 2025. Sepanjang minggu dagangan singkat ini dari 17 hingga 19 Sept, pasaran ditutup...
Bursa Malaysia Dijangka Mendatar Dengan Kecenderungan Meningkat Minggu Depan
Bursa Malaysia dijangka terus mendatar dalam tempoh terdekat dengan kecenderungan meningkat disokong oleh minat belian berterusan dalam pasaran yang mencatatkan aliran rendah, kata penganalisis. Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata pola sedemikian berpotensi mendorong kenaikan yang lebih mampan terutamanya apabila terdapat pemangkin baharu. “Secara ringkasnya, indeks berada dalam fasa konsolidasi buat masa ini tetapi prospek jangka sederhana kekal positif dengan kecenderungan meningkat. “Oleh itu, kami menjangka FBM KLCI akan diniagakan dalam julat 1,580 hingga 1,620 mata minggu depan,” katanya kepada Bernama. Bursa Malaysia ditutup pada 15 Sept (Isnin), merupakan cuti umum tambahan sempena...
Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Tinggi
Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Jumaat. Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta September 2025 meningkat 2.0 mata kepada 1,600.0, Oktober 2025 naik 2.5 mata kepada 1,596.0, manakala Disember 2025 dan Mac 2026 menokok 3.0 mata setiap satu masing-masing kepada 1,591.5 dan 1,571.0. Jumlah dagangan berkurangan kepada 6,189 lot daripada 6,123 lot pada Khamis manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 46,066 kontrak daripada 45,369 kontrak sebelumnya. FBM KLCI turun 0.70 mata atau 0.04 peratus kepada 1,598.23 daripada paras penutup 1,598.93 pada Khamis. https://www.bernamabiz.com/news-bm.php?id=2469234
Bursa Malaysia Ditutup Hampir Tidak Berubah
Bursa Malaysia ditutup hampir tidak berubah pada Jumaat disebabkan minggu dagangan yang singkat minggu ini, di bawah paras psikologi 1,600 mata susulan ketiadaan petunjuk kukuh. Pada 5 petang, indeks petunjuk pasaran turun 0.70 mata atau 0.04 peratus kepada 1,598.23 daripada 1,598.93 semalam. Ia dibuka lebih tinggi kepada 1,598.99 dan bergerak antara 1,595.68 dan 1,600.40 sepanjang dagangan hari ini. Bagaimanapun, suasana pasaran positif dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 565 berbanding 492, manakala 482 kaunter tidak berubah, 1,109 tidak diniagakan dan 13 yang lain digantung. Jumlah dagangan meningkat kepada 3.59 bilion unit bernilai RM4.16 bilion daripada 2.56 bilion unit bernilai 2.52 juta semalam. Ketua...
Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Sebelum Menyusut
Bursa Malaysia dibuka tinggi sedikit sebelum menyusut walaupun Wall Street mencatat prestasi positif semalaman berikutan pelabur menilai perubahan dasar Rizab Persekutuan Amerika Syarikat ke arah pelonggaran untuk merangsang pertumbuhan ekonomi berbanding membendung inflasi. Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 1.25 mata atau 0.07 peratus kepada 1,597.68 daripada 1,598.93 semasa ditutup semalam. Indeks petunjuk pasaran dibuka meningkat 0.06 mata kepada 1,598.99. Sentimen pasaran adalah positif dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 197 berbanding 111 manakala 257 kaunter tidak berubah, 2,083 tidak diniagakan dan 13 yang lain digantung dagangan. Jumlah dagangan sebanyak 204.51 juta unit bernilai...
Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Rendah
Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Khamis. Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta September 2025 susut 9.0 mata kepada 1,598.0, Oktober 2025 dan Mac 2026 turun 10 mata setiap satu masing-masing kepada 1,593.5 dan 1,568.0, manakala Disember 2025 berkurangan 9.5 mata kepada 1,588.5. Jumlah dagangan susut kepada 6,123 lot daripada 8,161 pada Rabu, manakala kepentingan terbuka berkurangan kepada 45,369 kontrak daripada 45,871 kontrak. FBM KLCI turun 12.77 mata kepada 1,598.93 daripada paras penutup 1,611.70 pada Rabu. https://www.bernamabiz.com/news-bm.php?id=2468857
Bursa Malaysia Akhiri Sesi Dagangan Pagi Lebih Rendah
Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi Khamis dengan lebih rendah apabila tidak mengekalkan paras 1,600, diheret turun oleh jualan berterusan dalam kebanyakan kaunter wajaran tinggi. Pada 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 12.99 mata kepada 1,598.71 daripada 1,611.70 semasa ditutup pada Rabu. Indeks penanda aras itu dibuka rendah 4.84 mata kepada 1,606.86, dan diniagakan antara 1,597.72 dan 1,606.86 sepanjang sesi dagangan pagi. Pasaran meluas adalah negatif dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 476 berbanding 378 manakala 478 kaunter tidak berubah, 1,304 tidak diniagakan dan tujuh yang lain digantung dagangan. Jumlah dagangan berjumlah 1.40 bilion unit bernilai RM1.10 bilion...
Niaga Hadapan FBM KLCI Dibuka Rendah
Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka rendah pada Khamis. Pada 9.30 pagi, kontrak September 2025 susut 2.5 mata kepada 1,604.5, Oktober 2025 berkurangan tiga mata kepada 1,600.5, Disember 2025 merosot 4.5 mata kepada 1,593.5 dan Mac 2026 rendah empat mata kepada 1,574.0. Jumlah dagangan sebanyak 1,978 lot, dengan kepentingan terbuka pada 41,776 kontrak. Petunjuk pasaran FBM KLCI susut 9.07 mata kepada 1,602.63 selepas 45 minit dagangan berbanding 1,611.70 semasa ditutup pada Rabu. https://www.bernamabiz.com/news-bm.php?id=2468561
Aktiviti Pengambilan Untung Di Wall Street Beri Impak Kepada Bursa Malaysia
Bursa Malaysia dibuka rendah pada Khamis, menjejaki penutupan bercampur-campur semalaman di Wall Street, apabila peniaga mengambil keuntungan selepas penurunan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) seperti yang dijangka, serta unjuran bagi pelarasan selanjutnya. Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menyusut sebanyak 10.81 mata kepada 1,600.89 berbanding 1,611.70 semasa ditutup pada Rabu. Indeks itu dibuka 4.84 mata lebih rendah kepada 1,606.86. Di pasaran lebih luas, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 163 berbanding 155 manakala 303 kaunter tidak berubah, dengan 2,015 tidak diniagakan dan tujuh yang lain digantung dagangan. Ketua Penyelidikan Rakuten Trade Sdn Bhd Kenny Yee Shen...
Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi
Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi sedikit hari ini berikutan prestasi eksport yang kukuh, kata peniaga minyak sawit David Ng. Bagaimanapun, beliau berkata harga minyak soya yang lemah memberi tekanan kepada sentimen pasaran. “Kami menjangkakan harga akan berada pada paras sokongan melebihi RM4,400 setan dan paras rintangan pada RM4,550 setan,” kata Ng kepada Bernama. Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta Oktober 2025 meningkat RM6 kepada RM4,414 setan, manakala kontrak November 2025, Disember 2025 dan Januari 2026 masing-masing menokok RM5 kepada RM4,450, RM4,475, dan RM4,487 setan. Kontrak Februari 2026 dan Mac 2026 masing-masing bertambah RM4 kepada RM4,475 dan RM4,441...
Bursa Malaysia Ditutup Pada Paras Tertinggi Intra Hari
Momentum belian yang berterusan dalam saham wajaran tinggi perkhidmatan kewangan membantu Bursa Malaysia ditutup pada paras tertinggi intra harinya pada Rabu dengan indeks utama mengukuhkan kedudukannya melepasi paras psikologi 1,600. Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 11.57 mata kepada 1,611.70 daripada paras penutup 1,600.13 pada Jumaat minggu lepas. Indeks itu dibuka tinggi naik 2.09 mata kepada 1,602.22, dan kemudiannya mencecah paras terendahnya pada 1,599.61 pada awal dagangan. Di keseluruhan pasaran, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 739 berbanding 409, manakala 501 kaunter tidak berubah, 969 tidak diniagakan dan tujuh digantung. Jumlah dagangan meningkat kepada 3.13 bilion unit bernilai...
Bursa Malaysia Kekalkan Momentum Meningkat Pada Tengah Hari
Indeks petunjuk utama Bursa Malaysia menokok sebanyak 0.19 peratus pada tengah hari ini dengan pasaran secara menyeluruh kekal positif, dipacu jangkaan berkaitan keputusan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS), lewat malam ini. Pada 12.30 tengah hari, indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 3.12 mata kepada 1,603.25 daripada paras penutup 1,600.13 pada Jumaat lepas. Indeks itu dibuka menokok 2.09 mata kepada 1,602.22 dan diniagakan dalam julat 1,599.61 hingga 1,604.25 sepanjang sesi dagangan pagi. Pasaran secara meluas juga positif dengan kaunter untung mengatasi rugi iaitu 599 berbanding 405 manakala 470 kaunter tidak berubah, 1,144 tidak diniagakan dan tujuh lain digantung dagangannya. Jumlah...
Niaga Hadapan FBM KLCI Dibuka Meningkat
Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka meningkat pada hari ini, sekali gus memaparkan sentimen pasaran yang positif. Pada 9.36 pagi, kontrak September 2025 naik 11.5 mata kepada 1,600.0, kontrak Oktober 2025 dan Mac 2026 masing-masing menokok 12 mata kepada 1,596.50 dan 1,572.5 manakala Disember 2025 menambah 12.5 mata kepada 1,592.0. Jumlah dagangan sebanyak 2,059 lot dengan kepentingan terbuka sebanyak 39,326 kontrak. Indeks petunjuk utama FBM KLCI naik 0.62 mata kepada 1,600.75 selepas 55 minit dagangan dijalankan daripada paras 1,600.13 pada akhir urus niaga Jumaat lepas. Bursa Malaysia dan anak-anak syarikatnya ditutup pada 15 September bagi cuti umum tambahan bersempena Hari...
Bursa Malaysia Meningkat Pada Sesi Awal Menjelang Keputusan Kadar Faedah AS
Bursa Malaysia memulakan minggu dagangan singkat dengan lebih positif hari ini, didorong oleh jangkaan ketara terhadap kemungkinan pengurangan kadar faedah Amerika Syarikat (AS) menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) negara maju itu, lewat malam ini. Pada 9.10 pagi, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 1.16 mata kepada 1,601.29 daripada paras penutupan dagangan Jumaat lepas pada 1,600.13. Bursa Malaysia dan anak-anak syarikatnya ditutup pada 15 September bersempena cuti umum tambahan Hari Malaysia pada 16 September. Indeks utama itu dibuka menokok 2.09 mata pada 1,602.22 sebelum susut daripada kenaikan awal. Pasaran secara meluas adalah positif dengan kaunter untung mengatasi rugi...
Bursa Malaysia Dijangka Diniagakan Lengang Minggu Depan, Mesyuarat FOMC Jadi Tumpuan
Bursa Malaysia dijangka diniagakan dengan julat 1,580 hingga 1,620 mata dalam dagangan sederhana minggu depan berikutan tempoh dagangan singkat, dengan pelabur menumpukan kepada mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Rizab Persekutuan (FOMC) Amerika Syarikat (AS) akan datang. Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata indeks utama telah melepasi paras psikologi 1,600 mata minggu ini berikutan Rizab Persekutuan (Fed) AS dijangka menurunkan kadar faedah pada minggu depan. “Data terkini Indeks Harga Pengguna (IHP) AS yang sejajar dengan jangkaan membolehkan Fed melonggarkan kadar dasar sebanyak 25 mata asas,” katanya kepada Bernama. Sehubungan itu, peniaga dan pelabur akan memberi tumpuan kepada...
Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Berikutan Kenaikan Paras Stok
Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini, dipengaruhi oleh kebimbangan terhadap peningkatan paras stok di negara ini. Peniaga minyak sawit David Ng berkata harga minyak soya dan minyak mentah yang lebih lemah turut menjejaskan sentimen pasaran. “Kami mengesan paras sokongan pada RM4,400 dan paras rintangan pada RM4,450 setiap tan,” katanya kepada Bernama. Pada Rabu, Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) melaporkan simpanan MSM negara meningkat sebanyak 5.45 peratus kepada 1.08 juta tan pada Ogos berbanding 1.02 juta tan pada Julai. Sementara itu, stok minyak sawit yang diproses turut meningkat tiga peratus bulan ke bulan kepada 1.12 juta tan daripada 1.09 juta tan sebelum ini. Ini...
Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Tinggi
Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Jumaat. Pada penutup dagangan, kontrak bulan semasa September 2025 dan Disember 2025, masing-masing menambah 11.0 mata kepada 1,588.5 dan 1,579.5, Oktober 2025 naik 10.5 mata kepada 1,584.5 dan Mac 2026 meningkat 14.5 mata kepada 1,560.5. Jumlah dagangan naik kepada 3,789 lot daripada 3,099 lot semalam manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 41,317 kontrak daripada 39,994 kontrak sebelum ini. FBM KLCI melonjak 17.28 mata kepada 1,600.13 daripada 1,582.85 semasa ditutup pada Khamis. Bursa Malaysia akan ditutup pada 15 September, merupakan cuti umum tambahan sempena Hari Malaysia pada 16 September dan akan beroperasi...
Bursa Malaysia Meningkat Semula Pada Tengah Hari
Bursa Malaysia meningkat semula daripada penurunan semalam dan mengakhiri sesi pagi dengan naik 0.4 peratus, seiring dengan prestasi pasaran saham global. Pada 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 6.57 mata kepada 1,589.42 daripada 1,582.85 semasa ditutup pada Khamis. Indeks dibuka tinggi 5.19 mata kepada 1,588.04 dan turun naik antara 1,585.06 dan 1,589.94. Pasaran secara menyeluruh positif dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 513 berbanding 380 manakala 437 kaunter tidak berubah, 1,292 tidak diniagakan dan 11 yang lain digantung. Jumlah dagangan sebanyak 1.32 bilion saham bernilai RM982.81 juta. Menurut Malacca Securities Sdn Bhd dalam nota penyelidikan hari ini, indeks utama Malaysia...
Bursa Malaysia Dibuka Tinggi
Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Jumaat, menjejaki kenaikan global susulan keyakinan pelabur bahawa Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat akan menurunkan kadar faedah minggu depan. Pasaran menjangkakan penurunan kadar faedah oleh Fed AS selepas selepas tuntutan pengangguran AS meningkat ke paras tertinggi dalam tempoh hampir empat tahun, meningkatkan sentimen di bursa tempatan, kata peniaga. Pada 9.06 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 2.86 mata kepada 1,585.71 daripada 1,582.85 pada penutupan Khamis. Indeks dibuka tinggi 5.19 mata kepada 1,588.04. Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 222 berbanding 91 dengan 2,085 kaunter tidak diniagakan dan 11 yang lain digantung. Jumlah...
Niaga Hadapan FBM KLCI Dibuka Tinggi Dalam Dagangan Awal
Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) tinggi semasa awal dagangan hari ini. Pada pukul 9.23 pagi, kontrak September 2025 dan Oktober 2025 menambah 4.5 mata masing-masing kepada 1,582.0 dan 1,578.5, Disember 2025 naik 3.5 mata kepada 1,572.0, manakala Mac 2026 meningkat enam mata kepada 1,552.0. Jumlah dagangan sebanyak 873 lot, dengan kepentingan terbuka berjumlah 38,557 kontrak. Petunjuk pasaran FBM KLCI menokok 2.41 mata kepada 1,585.26 selepas 42 minit dagangan daripada 1,582.85 semasa ditutup pada Khamis. https://www.bernamabiz.com/news-bm.php?id=2466712
Back
Top
Log in Register