Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini, disokong oleh kenaikan harga minyak kacang soya.
Peniaga minyak sawit David Ng berkata jangkaan pengeluaran yang lebih lemah dalam beberapa minggu akan datang turut menyokong pasaran.
“Kami mendapati paras sokongan pada RM4,300 satu tan dan paras rintangan pada RM4,580 satu tan,” katanya kepada Bernama.
Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta Oktober 2025 meningkat RM27 kepada RM4,331 satu tan, November 2025 naik RM37 kepada RM4,360 satu tan, manakala Disember 2025 bertambah RM36 kepada RM4,379 satu tan.
Kontrak Januari 2026 menokok RM36 kepada RM4,396 satu tan, Februari 2026 naik RM35 kepada RM4,396 satu tan dan Mac 2026 bertambah...