Bursa Malaysia mencecah paras 1,600 dan ditutup pada paras tertinggi hariannya, meningkat 1.1 peratus berikutan pelabur menjangka Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) akan mengurangkan kadar seawal minggu depan, menjadikan aset dalam denominasi ringgit lebih menarik berdasarkan asas pelarasan mata wang.
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 17.28 mata kepada 1,600.13 daripada 1,582.85 semasa ditutup pada Khamis.
Indeks itu dibuka 5.19 mata lebih tinggi pagi ini, diniagakan antara 1,585.06 dan 1,600.04, sebelum berada pada paras tertinggi harian.
Dalam pasaran lebih luas, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 639 daripada 394 manakala 494 kaunter tidak berubah, dengan 1,095 tidak diniagakan dan 11...