Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Jumaat susulan kelemahan berterusan dalam pasaran minyak kacang soya.
Peniaga minyak sawit, David Ng berkata peningkatan ringgit baru-baru ini mungkin mengekang permintaan untuk MSM.
“Kami melihat paras sokongan melebihi RM4,350 dengan paras rintangan pada RM4,520,” katanya kepada Bernama.
Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta Oktober 2025 turun RM3 ke RM4,365 satu tan metrik, November 2025 merosot RM9 kepada RM4,396, manakala Disember 2025 berkurangN RM10 kepada RM4,425.
Kontrak Januari 2026 menguncup RM7 kepada RM4,442 setan, Februari 2026 susut RM6 kepada RM4,434 dan Mac 2026 merosot RM2 kepada RM4,404 satu tan metrik.
Jumlah...