Bursa Malaysia mengakhiri sesi pagi hari ini dengan kekal di zon positif, disokong oleh pengukuhan ringgit selaras dengan peningkatan sentimen pelabur.
Pada 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 6.58 mata atau 0.41 peratus kepada 1,631.15 berbanding paras 1,624.57 ketika ditutup pada Isnin.
Indeks penanda aras itu yang dibuka 2.50 mata lebih tinggi pada 1,627.07 bergerak di antara 1,626.59 dan 1,634.35 sepanjang sesi dagangan pagi.
Sentimen pasaran secara meluas bagaimanapun sedikit negatif, dengan kaunter rugi melebihi kaunter untung sebanyak 475 berbanding 429. Sebanyak 482 kaunter kekal tidak berubah, 1,302 tidak didagangkan, dan 10 digantung.
Sementara itu, jumlah dagangan mencapai 2.14 bilion unit...