Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini, menjejaki kelemahan harga minyak kacang soya, kata peniaga.
Peniaga minyak sawit David Ng berkata kekukuhan ringgit berbanding dolar AS turut memberi kesan kepada sentimen pasaran.
Pada 6 petang, ringgit hampir tidak berubah kepada 4.1100/1145 berbanding dolar AS daripada 4.1105/1140 semasa ditutup pada Jumaat lepas.
“Kami mengesan paras sokongan pada RM4,050 dan rintangan pada RM4,200 satu tan,” katanya kepada Bernama.
Pada penutupan dagangan, kontrak Disember 2025 rendah RM40 kepada RM4,055 satu tan, Januari 2026 susut RM61 kepada RM4,074 dan Februari 2026 berkurangan RM59 kepada RM4,093 satu tan.
Sementara itu, kontrak Mac 2026...