Malaysia Alu-alukan Pelaburan Bahrain, Perluas Kerjasama Dalam Pelbagai Bidang
kredit: FB Datuk Seri Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR, 3 Okt (Bernama) -- Malaysia mengalu-alukan pelaburan dari Bahrain dan bersedia memperluas kerjasama dalam pelbagai bidang, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Dalam hantaran di platform X malam ini, Anwar berkata kerjasama itu merangkumi bidang kesihatan, kewangan Islam, teknologi, pelancongan, keterjaminan makanan, kecerdasan buatan (AI), keselamatan siber dan pembuatan pintar.
Perkara itu antara yang dibincangkan dalam pertemuannya dengan Putera Mahkota merangkap Perdana Menteri Bahrain, Putera Salman bin Hamad Al Khalifa, yang melakukan kunjungan ke Malaysia sempena acara Formula 1 (F1) Gulf...