SAIC Motor Malaysia Lancar SUV Pemasangan Tempatan MG ZS Bulan Ini Bermula Dari RM105,000
Kredit: SAIC Motor Malaysia
KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- SAIC Motor Malaysia Sdn Bhd (SAIC Motor Malaysia) merancang untuk memperkenalkan kenderaan utiliti sukan (SUV) pemasangan tempatan (CKD) MG ZS untuk pasaran Malaysia menjelang akhir Oktober, yang melibatkan dua varian iaitu MG ZS 1.5 Turbo dan MG ZS Hibrid+.
SAIC Motor Malaysia adalah anak syarikat SAIC Motor Corp., Ltd dari China dan merupakan pengedar rasmi kenderaan MG di Malaysia.
Dalam satu kenyataan hari ini, syarikat itu memaklumkan bahawa anggaran harga jualan ialah RM105,000 bagi varian Turbo dan RM115,000 bagi varian Hibrid+ (Semenanjung Malaysia, tidak termasuk insurans)...