Pembukaan Terusan Pinglu Perkukuh Kesalinghubungan China-ASEAN
Daripada Siti Fauziah Hasan
QINZHOU (China) 16 Sept (Bernama) -- Terusan Pinglu, projek utama Koridor Perdagangan Darat-Laut Antarabangsa Baharu, dibuka secara rasmi untuk pelayaran hari ini, sekali gus mewujudkan koridor pengangkutan air baharu yang menghubungkan barat daya China dengan ASEAN dan pasaran antarabangsa.
Terusan sepanjang 134.2 kilometer itu turut menjadi projek penting dalam usaha China memperkukuh keupayaannya menjadi kuasa pengangkutan.
Bermula di Muara Pingtang, iaitu kawasan Takungan Xijin di Hengzhou, Nanning, terus itu mengalir ke Teluk Beibu melalui Sungai Qinjiang di Luwu, Daerah Lingshan, Qinzhou.
Jurutera projek, Wei Minxin berkata pembukaan...