BTC USD 79,676.4 Gold USD 3,995.86
Time now: Jun 1, 12:00 AM

k'jaan bina jambatan di s'wak menuju ke hutan bernilai 20.43j membazir duit rakyat je

fzlik

Super Active Member
gem
Messages
8,197
Joined
Jun 7, 2010
Messages
8,197
Reaction score
856
Points
111
S'wak bina jambatan RM20 juta ke belukar

Nigel Aw
5:25PM Okt 19 2012

Jabatan Kerja Raya (JKR) membina Jambatan Batang Strap di Sri Aman Sarawak bernilai RM20.43 juta tetapi melupakan jalan jalan di seberang sungai yang menghubungkannya, menurut Laporan Ketua Audit Negara 2011.

Hasilnya, jambatan konkrit sepanjang 182.4 meter itu hanya menghubungkan pekan berdekatan di Pantu dengan belukar di seberangnya.

"Lawatan audit pada 17 Disember 2011 ke tapak projek di Pantu, Sri Aman mendapati projek jambatan konkrit bernilai RM20.43 juta ini tidak dapat dimanfaatkan sepenuhnya bagi merangsang pertumbuhan ekonomi tempatan setelah disiapkan disebabkan jalan di seberang sungai sepanjang 10 kilometer untuk menghubung rumah panjang dan sekolah belum dibina," laporan itu dipetik.

Tanpa jalan itu, kira-kira 3,000 penduduk di 23 rumah panjang serta empat sekolah di situ tidak mempunyai akses kepada jambatan untuk menyeberang ke Pekan Pantu.

Pada 7 Mac, jabatan itu dalam maklum balasnya berkata, pihaknya akan mencadangkan pembinaan jalan itu yang dianggarkan sebanyak RM50 juta dalam rolling plan bawah rancangan Malaysia Kesepuluh.

attachment.php

http://www.malaysiakini.com/news/212185
 

Attachments

Last edited:
182.4meter jer dah sampai 20.43 juta. betul ker tu?
 
huhu demi rakyat bang jib sanggup buat apa jua janji... i help u, u help me wakakakakakak..ayat x leh belahhhhhhhhh
 
masuk hutan senang sikit nak angkut balak...
 
nie confirm projek yb william mawan tu..presiden spdp..kawasan dia nie..
 
Bersyukur pada kerajaan sbb tak hala ke tengah laut... Prihatin sunggup kerajaan kita.. Syg BN muach!
 
sayang betul BN ye i lap u,u lap me tuihhhh
 
Ada je duit??!

Jambatan mewah 3 juta kt kpg aku pun tk start2 lg sampai skrg........patutnya bln 6 start....ssmpai skrg hampeh.......masa pch tnh kemain lg masuk tv TPM dtg bukak RTC bagai

Mmg tkde chance la UMNO thn dpn.......kencing org kampung

p/s - pjg 30 mtr....sungai paras pinggang = 3mil+ ....... sblm ni titi gantung je
 
Back
Top
Log in Register