BTC USD 84,899.3 Gold USD 4,140.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

salah faham dalam hukum hudud

kapak

Legendary Member
gem
Messages
19,651
Joined
May 30, 2008
Messages
19,651
Reaction score
271
Points
141
Asalamualaikum...

saya rasa terpanggil utk buka thread ni kerana masih ramai yg tak faham / buat2 x faham tentang hukum hudud

contohnya, ramai yg anggap penzina yg xcukup 4 org saksi maka mereka boleh terlepas dari hukuman.

sebab itu lah dlm Islam diadakan juga hukuman takzir. takzir itu ada 3 jenis:
1- hukuman selain daripada hudud dan qisas
2- hukuman hudud yg tidak memenuhi syarat
3- hukuman qisas yg tidak memenuhi syarat

contoh hukuman hudud yg tidak memenuhi syarat ialah seperti kes zina yg tidak cukup 4 saksi. dia boleh dikenakan hukuman takzir

oleh itu, tiada istilah org yg bersalah boleh terlepas.
 
Last edited:
jenayah rogol adalah disamakan dengan jenayah zina dlm hudud. Tahap kesaksian dan hukumannya juga sama. Dalam Hudud juga, menuduh seseorang yang dikenali sebagai orang baik melakukan zina tanpa mendatangkan saksi yang berwibawa merupakan suatu kesalahan Qazaf yang boleh membawa hukuman sebanyak 80 rotan.

Lalu diambil peruntukan-peruntukan hudud ini secara terpisah oleh penentang Hudud untuk menggambar betapa mangsa rogol akan dizalimi.Mereka mengandaikan bahawa seorang mangsa rogol perlu mendatang 4 orang saksi lelaki yang adil untuk membuat pengaduan atau menghadapi risiko kesalahan Qazaf.

Ini, menurut andaian mereka, adalah menzalimi mangsa rogol dan melindungi perogol. Padahal, undang-undang yang melibatkan kes rogol perlu dirujuk kepada keseluruhan peruntukan undang-undang jenayah syariah secara lengkap (Hudud, Qisas, Takzir, Undang-undang keterangan, siasah syari'ah) dan tidak boleh dinilai dari perspektif hukum Hudud secara terhad dan terpisah.

Seseorang yang mengadu dirinya dirogol, sepertimana kes-kes biasa, perlu membuat laporan polis dan melakukan pemeriksaan doktor. Ini prosedur biasa. Polis atau pegawai penyiasat akan melakukan penyiasatan berdasarkan laporan dan keterangan yang diberikan. Sekiranya terdapat bukti yang kukuh bahawa kes rogol sememangnya telah berlaku, pegawai penyiasat akan menyerahkan laporan kepada pihak pendakwa.

Sekiranya tahap kesaksian untuk pendakwaan dilakukan dalam hukum Hudud tidak mencukupi (tiada 4 orang saksi yang melihat kejadian tersebut), pihak pendakwa masih boleh mendakwanya di bawah undang-undang Takzir.

Melalui peruntukan Takzir, beban pembuktian adalah lebih longgar dan hukumannya juga lebih ringan berbanding Hudud. Pemeriksaan doktor dan keterangan-keterangan serta bukti-bukti yang dikumpulkan oleh polis ini (DNA test, laporan kesihatan, penilaian psychology, dll) dinamakan sebagai Qarinah. Qarinah boleh digunakan sebagai bahan bukti yang boleh mensabitkan kesalahan takzir ke atas perogol.

Qarinah ini juga boleh mengelakkan mangsa rogol dari dakwaan Qazaf, kerana Qazaf merupakan kesalahan Hudud dan sebarang keraguan yang boleh ditimbulkan (melalui Qarinah) dalam kes Hudud boleh menggugurkan kes tersebut. Hukuman Hudud boleh dilakukan ke atas seseorang hanya apabila tiada sebarang keraguan langsung (beyond any shadow of doubt). Manakala untuk kesalahan yang boleh dibuktikan secara jelas oleh Qarinah, tetapi tidak mencapai tahap kesaksian yang diperlukan oleh Hudud, hukum Takzir boleh dikenakan terhadap penjenayah tersebut.
 
Tuan Kapak dah buka thread baru tentang Hudud ye.... :)cgrock
 
Hukum Qazaf berfungsi untuk melindungi maruah seseorang individu yang baik dari sebarang tuduhan melulu yang boleh menjatuhkan maruah diri dan keluarganya. Sekiranya, seseorang itu menuduh dirinya dirogol oleh seseorang, sedangkan bukti dan keterangan (Qarinah) yang dibawa menunjukkan sebaliknya, barulah ia boleh didakwa di bawah Qazaf.

Contohnya, Minah menuduh Ali merogolnya sehingga mengandung, tetapi ujian DNA menunjukkan bahawa anak tersebut bukanlah dari benih Ali, maka Minah akan menghadapi risiko dakwaan Qazaf melainkan ada 4 orang saksi yang berwibawa yang melihat kejadian rogol tersebut, ataupun dapat dibuktikan secara Qarinah bahawa dia dirogol oleh ramai orang dan Ali adalah salah seorang daripada mereka. Tetapi, sekiranya ujian DNA mengesahkan bahawa anak tersebut memang jelas dari benih Ali, maka Ali boleh didakwa di bawah peruntukan Takzir, manakala Minah tidak akan dihukum di bawah Qazaf.

Dalam kes ini, Ali tidak didakwa di bawah Hudud kerana tahap kesaksian tidak menepati kehendak hukum Hudud, sebaliknya beliau akan dihukum di bawah undang-undang Takzir.
 
pembuktian utk disabitkan hukuman hudud itu berat kerana hukumannya juga adalah berat. kalau pembuktian utk disabitkan kesalahan terlampau ringan maka ini tidak adil.

contohnya, utk mensabitkan kesalahan zina memerlukan 4 org saksi lelaki yg adil. mungkin pembuktian ini adalah berat sbb memang sukar utk cari 4 org saksi lelaki tu. tapi ianya sesuai dgn hukuman yg akan dikenakan iaitu 100 kali sebat utk penzina ghair muhsan dan rejam sampai mati bagi penzina muhsan

p/s: penzina muhsan ialah penzina yg dh kawen dan ghair muhsan ialah penzina yg belum kawen
 
Back
Top
Log in Register