BTC USD 82,190.4 Gold USD 4,156.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Soalan Yang Biasa Ditanya Kepada Umat Islam

profesor

Active+ Member
Messages
3,446
Joined
May 7, 2007
Messages
3,446
Reaction score
265
Points
46
SOALAN DARI BUKAN ISLAM UNTUK ORANG ISLAM, TENTANG AGAMA ISLAM

Sewaktu Nabi Muhammad saw wafat, telah disempurnakan agamamu (Islam). Semua persoalan akan ada jawapannya, hanya ilmu di dada penentu jawapan apa yang perlu diberi.

1) Nama Nabi Isa as disebut 25 kali dalam Al-Quran, tetapi berapa kali nama Nabi Muhammad saw disebut dalam Al-Quran?

Nama Nabi Muhammad saw hanya disebut 5 kali sahaja di dalam Al-Quran. Manakala nama Nabi Isa as disebut 25 kali. Mengapa? Kerana Al-Quran diwahyukan pada Nabi Muhammad saw, sebab itu nama Nabi Muhammad saw jarang disebut. Al-Quran diturunkan bukan semata-mata untuk memapaparkan kisah Nabi Muhammad saw tapi adalah sebagai panduan perjalanan hidup umat Islam.

2) Nama Nabi Isa disebut lagi banyak dari nama Nabi Muhammad saw dalam Al-Quran, tentu sahaja Nabi Isa lebih hebatkan?
Soalan sebaliknya, dalam Bible, nama syaitan lebih banyak dari nama Nabi Isa, jadi siapa lagi hebat? Syaitan @ Nabi Isa? Sebenarnya Allah tidak bezakan tentang kehebatan nabi dan rasulNya. Walaubagaimanapun, Allah Maha mengetahuinya.

3) Dalam Islam percaya yang Nabi Isa as diangkat ke langit, sedangkan Nabi Muhammad saw wafat. Jadi, bila Nabi Isa as dibawa ke langit, tentu sahaja nabi Isa itu Tuhan kan?
Dalam banyak2 kaum, hanya kaum Nasrani sahaja yang telah salah anggap tentang nabi yang diutuskan kepadanya sebagai Tuhan (Nabi Isa). Sedangkan, dalam Bible juga yang ade menyatakan bahawa Jesus (Nabi Isa) berkata "siapa yang taat pada Allah akan masuk Syurga, siapa yang menganggap Jesus sebagai tuhan akan masuk neraka.

4) Dalam Islam, Nabi Muhammad saw adalah Nabi terakhir. Tapi, di akhir zaman nanti Nabi Isa as akan turun. Kenapa tidak dikatakan Nabi Isa as yang terakhir?
Nabi Muhammad saw adalah nabi terakhir berdasarkan tahun kelahirannya. Perumpamaan : Jika anak bongsu meninggal dunia, sedangkan anak sulong masih hidup, hakikat yang tidak akan berubah ialah anak sulong tetap sulong.

5) Nabi Isa as disembah sebagai anak Tuhan kerana dianggap mulia sebab lahir tanpa bapa.
Kita jawab seperti ini, antara ibu dan anak, mana yang lagi mulia? Tentu ibu kan? Jadi, kenapa orang Kristian tidak sembah Mariam je? Kan Mariam ibu, tentu lagi mulia. Nabi Adam juga lahir tanpa bapa, malah tanpa ibu juga merupakan manusia pertama, kenapa tidak disembah Adam sahaja? Jawapan lengkap ada dalam Surah Imran, ayat 59.

6) Jika baca tafsir, Allah berfirman sekejap guna 'Aku', sekejap guna 'Kami' Kenapa?
'Kami' kan lambang 'Tuhan + Mariam + Anak Tuhan (Isa)' ?
Al-Quran diturunkan dalam bahasa Arab, 'aku' kata jamaknya 'kami' yang menggambarkan tentang 'Allah dan keagunganNya' . Tengok sahaja Queen Elizebeth ketika bertitah, beliau guna 'We' bukan 'I'.

7) Orang Sikh Punjabi bertanya, kenapa Islam perlu potong rambut? Bukankah rambut itu anugerah tuhan yang perlu disimpan?
Kita jawab dengan soalan ini, kuku juga anugerah tuhan, kenapa orang Sikh Punjabi potong kuku?

8) Sami Budha vegetarian bertanya, kenapa Islam suruh bunuh binatang untuk dimakan? Kan zalim kerana bunuh hidupan bernyawa?
Sains telah buktikan, sayur dan pokok turut ade nyawa. Malah, apabila kita basuh tangan pun, ade banyak nyawa kuman yang kita bunuh. Itu tidak kejam? Bila kita bunuh (sembelih sebenarnya) 1 ekor lembu, sebenarnya kita telah selamatkan bayak nyawa manusia.

9) Sami Budha menjawab " Bunuh sayur dosa kecil sebab sayur kurang deria, bunuh binatang dosa besar"
Kita jawab seperti ini, habis tu, kita Cuma berdosa kecil je la jika bunuh orang yang pekak, buta, bisu hanya kerana dia tidak ade deria?

10) Sami Budha menjawab lagi "Jika kita bunuh sayur, sayur akan tumbuh balik"
Kita jawab lagi "habis tu, awak makan lah ekor cicak kerana ekor cicak akan tumbuh semula selepas putus"

11) Sami Budha berkata lagi "makan binatang akan dapat banyak penyakit"
Kita jawab "Penyakit datang kerana kita makan banyak. Bukan kerana makan binatang. Allah suruh makan secara sederhana. Lagipun, Allah dah beri gigi taring dan gigi kacip untuk manusia makan binatang dan sayuran.. Alah, tembakau dan dadah pun dari tumbuhan juga kan? Lagi besar penyakitnya kan? Lembu yang ragut rumput hari2 pun boleh jadi lembu gila. Sebenarnya, tak kesah pun kalau kita tak nak makan daging, tapi jangan lah cakap haram apa yang telah Allah halalkan untuk kita.

12) Kan **** itu ciptaan Allah, kenapa Islam tak makan ****?
Sebab bukan semua ciptaan Allah adalah untuk dimakan.

13) Islam cakap Hindu sembah berhala tetapi Islam hari2 sembah Kaabah.
Islam bukan sembah Kaabah, tapi Kaabah itu adalah Kiblat untuk satukan umat. Dalam Islam dah sebut, siapa sembah Kaabah akan masuk neraka kerana Islam Sembah Allah, kaabah Cuma kiblat. Perlu tahu bezakan. Bukti, orang yg sembah berhala tidak akan pijak berhala, tapi orang Islam pijak Kaabah untuk melaungkan azan. Orang Hindi tak akan pijak gambar berhala tapi orang Islam hari2 pijak gambar Kaabah (sejadah). Jika ada gambar Kaabah diletak di KLCC, orang Islam tetap solat menghadap Kaabah di Mekah kerana itu kiblat kita untuk sembah Allah... Bukan sembah Kaabah!

14) Kenapa perlu ikut nabi Muhammad saw kerana nabi dan rasul sebelum baginda kan betul2 juga?
Nabi sebelum Nabi Muhammad saw diutus untuk kaum dan zaman tertentu sahaja. Sedangkan Nabi Muhammad saw diutus untuk semua kaum dan sepanjang zaman.

Soalan2 yg nyatakan di atas, sebenarnya memang benar2 di tanya oleh orang bukan Islam secara spontan pada orang Islam... mereka bertanya bukan kerana hendak tahu, tapi kerana hendak membuatkan orang Islam yg ilmu hanya ala kadar berasa was2 dengan Islam dan akhirnya orang Islam akan berasa was2 dengan agama yang dianutinya. Jadi jawapan yg disampaikanpun tak perlu panjang2 cukup sekadar ringkas dan padat.

Sumber
 
Last edited:
fuh..... otai jawapanya... otaiiiiiiii
 
aku pernah ditanya apek bengkel, nape orang Islam mesti menganiaya diri sendiri dengan berpuasa sebulan?

Tuhan jadikan mulut dan perut untuk makan?

aku nak jawab kang dipusingnya... so aku jawab, apek... baik u tanya org yg lebih arif memberi jawapan.
 
tok harap dapat kumpulkan semua persoalan2 yang berlkaitan dengan islam.. kat sini :)cgrocks
 
Soalan dari bukan Islam untuk orang Islam, tentang agama Islam...

1) nama nabi isa as disebut 25 kali dalam al-quran, tetapi berapa kali nama nabi muhammad saw disebut dalam al-quran? nama nabi Muhammad SAW hanya disebut 5 kali sahaja di dalam al-Quran. Manakala nama nabi isa as disebut 25 kali. Mengapa?
Kerana al-quran diwahyukan pada nabi Muhammad SAW, sebab itu nama nabi muhammad saw jarang disebut. Al-quran diturunkan bukan semata-mata untuk memapaparkan kisah nabi Muhammad SAW tapi adalah sebagai panduan perjalanan hidup umat islam. Al-Quran bukanlah buku sejarah atau jurnal kehidupan baginda sebagai seorang Rasul, tetapi merupakan rahmat Allah SWT sebagai panduan hidup seluruh umat manusia.

2) nama nabi isa disebut lagi banyak dari nama nabi Muhammad SAW dalam al-quran, tentu sahaja nabi isa lebih hebatkan?

soalan sebaliknya, dalam bible, nama syaitan lebih banyak dari nama nabi isa, jadi siapa lagi hebat? Syaitan @ nabi isa? Sebenarnya Allah SWT tidak bezakan tentang kehebatan nabi dan rasulnya. Walaubagaimanapun, Allah SWT maha mengetahuinya.
 
Last edited:
Assalamualaikum Prof,
Saya adalah seorang mualaf convert pada tahun 2003..dan saya ada seorang kawan kristian yang bersedih selepas mengetahui saya dah memeluk agama islam..berikut saya sertakan message yg pernah dia kirim kan kepada saya dan sejak itu saya tak pernah balas pun soalan dia kerana saya masi banyak perlu belajar hal2 agama islam ini;

> Mill,terus terang saya sedih sangat2 hari nie.apabila saya dapat tahu ko converted dah msuk islam...Bila lagi ko msuk Islam? APa sebab ko masuk Islam?Hati saya menangis ni sangat2...tak tahu macam mau explain perasaan saya...:( Ko tau juga kan...Tapi saya tak mahu banyak cakap nanti menyinggung perasaan ko plak...Anywy ko tetap kawan saya...Cuma saya harap ko akan ingat kembli Kasih & pngorbnn Yesus di kayu salib...Kalau ko tgk cd kesaksian Benjamin Stephen,ko psti akan dibangunkan kembali & sedar betapa pentingnya YESUS dalam hidup kita...Benjamin Stephen org Melayu cnvrtd msuk Kristian...Dia blang,setiap kali saya brdoa"dlm bahasa Arab maksud dia,Allah tunjukkan aku jalan kebenaran"...Dia tertanya2 dlm hati,manakah jalan yg benar???
> Dia selidiki Bible dgn Al-Quran...Akhirnya dia temukn jwapan dlm Bible(Yoh 4.16)- "YESUS BERKATA,AKULAH JALAN,KEBENARAN DAN HIDUP,TIDAK ADA SEORANG PUN YANG DAPAT DATANG KEPADA BAPA KALAU TIDAK MELALUI AKU" Ayt ini & ayat2 lain dlm Bible mnguatkn dia utk prcya & trima Yesus dlm hidupnya...Akhrnya dia plih Yesus...dia disingkirkn oleh kluarga & dpnjrakan...tpi dia ttp briman pd Yesus...Byk lgi ksksian yg lain..Ustaz,imam msuk Kristian...Kta yg sdh memiliki Kristus hrus brsyukur krna kita yakin & psti bhwa keslamtn akhirat ada dlm Yesus...Maafkan sa Milly kalau brckp panjang lebar pasal ni...Saya sgt2 mngasihimu...Betapa luluhnya hati saya tahu kabarmu...Satu soaln yg ingin kutanyakn padamu...
> Kalau Tuhan panggil ko ari ne,(meninggal) adakah ko pasti ko masuk syurga?? Aq tgu jawapanmu Mill...

utk pengetahuan prof message nie ditulis pada tahun 2008..sampai sekarang saya tidak menjawap message nya sebab saya ingin cari ayat2 yang betul untuk membalas kepada dia..

saya ingin minta pertolongan kepada prof. saya ingin jawab soalan ini tapi ssaya tak tahu nak jawab macam mana..sebab ini bkaitan dengan agama sedangkan saya sendiri masi begitu banyak lagi perlu dipelajari..

Prof boleh email saya ke [email protected]
 
> Kalau Tuhan panggil ko ari ne,(meninggal) adakah ko pasti ko masuk syurga?? Aq tgu jawapanmu Mill...

semua brgantng pada amalan kita...
 
Apakah Islam merupakan agama yang benar?
Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu tidak berselisih (mengenai agama Islam dan enggan menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan yang sah tentang kebenarannya; (perselisihan itu pula) semata-mata kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka dan (ingatlah), sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka sesungguhnya Allah Amat segera hitungan hisabNya. (19)
(Surah Al-Imran, Ayat 19)

Apakah umat Islam akan masuk syurga?
InsyaAllah, orang Islam yang beriman akan dimasukkan ke dalam syurga, manakala orang Islam yang ingkar akan dimasukkan ke neraka dan sesudah itu akan dimasukkan ke syurga setelah tamat siksaan. Manakala orang2 kafir akan dimasukkan ke dalam neraka dan mereka kekal di dalamnya.

Diriwayatkan daripada Mu`az Ibn Jabal radiallahu`anhu bahawasanya Rasulullah sallallahu`alaihiwasallam telah bersabda;

مَا مِنْ أَحَدٍ يَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ صِدْقًا مِنْ قَلْبِهِ إِلَّا حَرَّمَهُ اللَّهُ عَلَى النَّار
Tidaklah seseorang itu mengucapkan “Laa ilaha illallah” dan Muhammad itu Rasulullah dengan sebenar-benarnya dalam hatinya melainkan Allah mengharamkan baginya api neraka.[18]

Firman Allah SWT yang bermaksud:
Sesungguhnya orang-orang yang kafir dari Ahli Kitab dan orang-orang musyrik itu akan ditempatkan di dalam Neraka Jahanam, kekallah mereka di dalamnya. Mereka itulah sejahat-jahat makhluk. (6)
Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, mereka itulah sebaik-baik makhluk. (7)
Balasan mereka di sisi Tuhannya ialah Syurga Adn (tempat tinggal yang tetap), yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; kekallah mereka di dalamnya selama-lamanya; Allah reda akan mereka dan merekapun reda (serta bersyukur) akan nikmat pemberianNya. Balasan yang demikian itu untuk orang-orang yang takut (melanggar perintah) Tuhannya. (8)
(Al-Baiyyinah)

Tidaklah layak orang-orang kafir musyrik itu memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah, sedang mereka menjadi saksi (mengakui) akan kekufuran diri mereka sendiri. Mereka itu ialah orang-orang yang rosak binasa amal-amalnya dan mereka pula kekal di dalam Neraka. (17) (At-Taubah)
 
Prof,
DIharap dapat jawab soalan ini.
Sebenarnye kawan aku tanye..sbb die kate ade orang kafir tanye (die bce buku kot?) ini.Soalannya ade byk variasi tapi maksudnye tetap same.Ni contohnye:
1.Bolehkah allah menciptakan batu yg Die sendiri x boleh angkat?
2.Mampukah tuhanmu menciptakan satu perisai yg tidak mungkin ade tandingannye.Kemudian bolehkah die menciptakan sebilah pedang yg boleh menembusinye?
Aku terkelu dengar soalan camni.TOlong yek
 
Back
Top
Log in Register