BTC USD 82,904.9 Gold USD 4,118.34
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Apakah perbezaan antara broadband dgn wireless??

ibnughazali

Fun Poster
Messages
635
Joined
Feb 17, 2009
Messages
635
Reaction score
2
Points
15
Assalamualaikum, sy ingin mendapatkan maklumat mengenai penggunaan broadband. Sy kurang memahami apekah yg dimakudkan dgn broadband 7.2Mbps dan Wireless 54Mbps?? Adakah Mbps tue bermaksud kelajuan?? Minta bantuan drpd mereka yg berpengalaman menggunakan Internet Broadband/ pakar2 internet utk menerangkkannya. Sila nyatakan kelebihan dan kekurangan bagi kedua-duanya.. Let we share the information. Terima kasih. :)cgrock
 
W'salam, info nie ade dlm en. google bro.. kalo ko rajin cari la yg lebeh2.. aku bg hint sket..

broadband ni adalah satu jaringan rangkaian internet yang meluas di sesuatu kawasan.. contoh dlam mesia nie ade streamyx, celcom, maxis, P1Wimax, Jaring, dll... kelajuan yg mereka bg seperti 1Mbps, 1.2Mbps, 4Mbps, 512Kbps; menunjukkan kelajuan internet/broadband tersebut..

Wireless adalah satu teknologi tanpa wayar yang memudahkan pengguna untuk berinteraksi.. contoh macam telefon bimbit.. wireless juga boleh digunapakai dalam sistem broadband.. contoh streamyx; menggunakan modem+router wireless, membolehkan internet/broadband itu dipancar melalui frekuensi2 yg berlaenan kelajuan.. contoh kalo bro beli router wireless dengan kelajuan 54mbps. 54mbps 2 menunjukkan kelajuan frekuensi dari router tersebut. bukannye kelajuan internet.. kegunaan kelajuan 54mbps nie semasa bro nak buat sharing files dari satu komputer ke komputer yang laen... so, kelajuaan yang dia tawarkan adalah 54mbps, mengikut jarak yang sesuai. semakin jauh PC dengan router wireless, semakin rendah kelajuan yang PC terima.. berlainan dengan menggunakan network card. menggunakan kabel(LAN CABLE) seperti wayar telefon, sambungan dibuat dari router ke PC.. dengan kelajuan yang stabil iaitu 100mbps.. memudahkan process sharing file dan menstabilkan connection internet berbanding dengan menggunakan wireless...

seperti contoh:- menggunakan telefon rumah (berwayar). Kita dapat berborak dengan senang tanpa sebarang gangguan talian..
meggunakan telefon bimbit (tanpa wayar). Kita berborak kne carik signal yg sesuai untuk berborak.. kadang2 terputus..

itula konsep broadband.. streamyx (berwayar), Celcom, Maxis, P1WimAx (tanpa wayar)..

harap hint2 info nie dpt membantu bro..​
 
Last edited:
broadband -secara ringkas ia merujuk kepada bandwidth capaian internet. kalau bandwidth melebihi satu2 tahap, cth X kbps (kilo bits per seken) ia termasuk dalam kategori broadband.

Wireless pula merujuk kepada physical capaian internet, iaitu capaian internet tanpa wayar.

Kalau istilah wired broadband - ia merujuk capaian internet berkelajuan tinggi menggunakan wayar.

Kalau istilah wireless broadband - merujuk capaian internet berkelajuan tinggi tanpa wayar. Kat sini dia pakai laaaa wave punya concepts. Perlu ada pemancar dan receiver.

//correct me if i am wrong
 
Thanks bro2 sekalian.. GOOD INFO! :)cgrock.. Pade pendapat bro mane lebih bagus utk di gunakan?
 
ermm
sepatutnye pertanyaan tu begini
1) ape beza antara broadband dengan narrowband
2) ape beza antara wired broadband dengan wireless breadband
 
persamaan keduanya adalah tak nampak di mata kasar
 
tepat sekali....:)cgrock:)cgrock

ermm
sepatutnye pertanyaan tu begini
1) ape beza antara broadband dengan narrowband
2) ape beza antara wired broadband dengan wireless breadband
 
Back
Top
Log in Register