BTC USD 81,913.8 Gold USD 4,140.62
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Update*(menteri u-turn) Mulai 1 Jan 2019: Hanya tukang masak tempatan dibenarkan

مايكل سكوتفيلد

CG Top Poster Club
gem
Messages
25,861
Paid Membership
Joined
May 13, 2007
Messages
25,861
Reaction score
2,200
Points
261
Kementerian Sumber Manusia menggesa semua restoran di negara ini mengambil tukang masak tempatan untuk bekerja di restoran masing-masing mulai 1 Julai ini.

Menterinya M. Kula Segaran, berkata bagaimanapun semua pengusaha akan diberi tempoh hingga hujung tahun ini untuk memastikan hanya tukang masak tempatan sahaja bekerja di restoran mereka dan peraturan baharu itu akan dikuatkuasakan mulai 1 Jan 2019.

"Kami mahukan orang tempatan diambil bekerja sebagai tukang masak. Tiada kompromi... kami beri masa hingga 31 Dis untuk berbuat demikian. Jika gagal, kami tidak dapat bantu lagi," katanya ketika ditemui Bernama News Channel di Petaling Jaya semalam.

Sebelum itu, beliau mengadakan perjumpaan dengan anggota Persatuan Pengusaha Restoran India (PRISMA) di Petaling Jaya.

Katanya kementerian akan mengadakan perjumpaan dengan PRISMA serta Persatuan Pengusaha Restoran India Muslim (PRESMA) dalam masa terdekat untuk membincangkan pelaksanaan tukang masak tempatan di restoran.

Kula Segaran berkata langkah ini dapat mengurangkan kebergantungan restoran tempatan terhadap pekerja asing, sekali gus menjaga kualiti makanan tempatan.

Beliau berkata tindakan kementeriannya ini selari dengan langkah yang diamalkan kerajaan negeri Pulau Pinang, yang melarang warga asing menjadi tukang masak di kedai makan, restoran dan juga gerai sekitar pulau itu sejak 2014 dalam usaha memelihara warisan makanan negara.

Mengulas kenyataan Kulasegaran itu, Presiden Prisma P. Muthusamy berkata keputusan itu agak mengejutkan dan bakal memberi implikasi besar kepada pengusaha.

"Sejak beberapa tahun lalu, kita menghadapi masalah mendapatkan tenaga kerja. Malah lebih 500 restoran ditutup sejak beberapa tahun lepas kerana kekurangan pekerja," katanya.

Muthusamy berharap kementerian akan mengadakan perbincangan lanjut dengan pengusaha kedai makanan di seluruh negara sebelum melaksanakan keputusan itu.

Presiden Presma, Ayub Khan pula berkata masalah pekerja di restoran semakin ketara kerana tidak ada pekerja tempatan yang mahu bekerja di restoran.

"Kami buat iklan, sanggup bayar gaji hingga RM2,500 pun orang tak nak datang (bekerja). Bukan senang (mahu) cari orang tempatan bekerja di restoran," katanya.

- Bernama

Cuma cadangan, kata menteri

DgXr50RUwAA_pDf.jpg


KUALA LUMPUR: Selepas mengumumkan restoran tidak dibenarkan mengambil tukang masak rakyat asing, Menteri Sumber Manusia hari ini berkata ia hanya cadangan.


M Kulasegaran berkata, kementeriannya akan berbincang lanjut dengan pihak berkepentingan sebelum keputusan muktamad dilakukan.

Pengumuman beliau semalam menerima kritikan banyak pihak yang membantahnya.

"Arahan meminta restoran untuk mengupah tukang masak tempatan hanya satu cadangan dan belum ada tarikh tertentu untuk melaksanakannya," katanya dihubungi hari ini.

Semalam, Kulasegaran dipetik sebagai berkata bahawa semua restoran yang menghidangkan makanan Melayu dikehendaki mengambil penduduk tempatan sebagai tukang masak mulai 1 Januari tahun depan.

Bilangan pekerja asing di negara ini meningkat daripada 1.06 juta pada 2002 kepada 1.8 juta pada 2017.

Daripada jumlah ini, kira-kira 250,000 kerja di sektor perkhidmatan termasuk di restoran.


https://www.bharian.com.my/berita/n...tukang-masak-asing-hanya-cadangan-kulasegaran
 
Last edited:
Sudah, kedai mamak macamana? Fast ford macamana ?
 
yang ni aku support.. kebanyakan pekerja asing tiada imunisasi yang penting dan ini boleh menyebabkan penularan wabak2 penyakit yang dulunya dah tiada di Malaysia..
 
Cari pekerja pulak masalah.. harap kerajaan selesaikanlah
 
biar betul..
gaji rm2500 ?

kerja 16 jam / 30 hari xda cuti ?
tido kt dlm kedai ?

:))

mmg xda siapa nk kerja..

Ko jangan mengarut sangat.. bangla pun ada shif lah.. lebih tu OT.. Malaysia ada benda bernama "Labor Law"
 
Back
Top
Log in Register