TT
CG Super Hardcore Club




- Messages
- 166,601
- Joined
- Jan 13, 2009
- Messages
- 166,601
- Reaction score
- 22,873
- Points
- 1,831
![]()
![]()
![]()
80 peratus bangunan yang menempatkan kedai dobi ini musnah.
![]()
Orang ramai melihat sisa kebakaran yang terdapat di sebuah kedai dobi yang terbakar malam tadi
KUALA LUMPUR: Seorang wanita melecur 50 peratus dalam insiden kebakaran di kedai dobi dan rumah kedai di Taman Jinjang Baru di sini, malam tadi.
Kejadian dilaporkan orang awam kira kira jam 8.05 malam.
3 buah jentera dan sebuah EMRS dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jinjang, Sentul, Hang Tuah dan Sri Hartamas dikejarkan ke lokasi kejadian.
Api dapat dikawal sekitar jam 8.22 malam.
Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPBM) Kuala Lumpur, Ruhisha Haris, wanita berusia 40 tahun itu cedera parah.
“Kita percaya daripada saksi berlaku letupan di kedai dobi sebanyak 3 kali.
“Kebetulan seorang mangsa wanita berusia 40-an berada di dalam kedai dobi dan cedera 50 peratus melecur," jelasnya.
Mangsa yang merupakan pelanggan kedai dobi tebabit dikejarkan ke ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan lanjut.
Tiga lagi mangsa warga Indonesia yang tinggal di rumah berkenaan sempat menyelamatkan diri dengan terjun dari tingkap premis.
Siasatan awal forensik mendapati kebakaran itu memusnahkan 80 peratus kedua dua premis.
Punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.
http://www.astroawani.com/berita-ma...diri-meletup-wanita-melecur-50-peratus-172615
2 cedera dalam letupan di kedai dobi di Klang
KLANG: Dua pelanggan sebuah dobi layan diri 24 jam melecur selepas berlaku letupan di premis berkenaan di Jalan 3E, Bandar Putera 2 di sini, pagi ini.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Mohd Rizal Buang berkata, mereka menerima panggilan kecemasan pada jam 8.55 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Andalas tiba kira-kira 10 minit kemudian.
“Selepas memeriksa premis, kami mendapati letupan berlaku di bahagian simpanan tangki gas di dalam lubang seluas 3 meter persegi,” katanya. ketika dihubungi, hari ini.
Beliau berkata, kedai itu mengalami kerosakan kira-kira 20 peratus dan punca kejadian masih disiasat manakala mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk rawatan.
Sementara itu, jurucakap City Coin Laundry Sdn Bhd, Kelvin Ang berkata, francais di Bandar Putera, Klang sudah dipajak kepada pemilik lain namun masih mengikuti perkembangannya.
“Pemilik francais itu menghubungi saya pagi ini untuk memaklumkan mengenai kejadian terbabit. Dua kakitangan dihantar ke kedai itu untuk memeriksa, namun ia ditutup pihak bomba,” katanya.
Beliau juga mengesahkan dua pelanggan, seorang lelaki dan anak perempuannya, masing-masing mengalami kecederaan 50 dan 30 peratus, serta sudah dibawa ke hospital untuk rawatan.
“Kakitangan kami juga sudah melawat mangsa di hospital dan kedua-duanya dikatakan berada dalam keadaan stabil,” katanya.
Ini bukan kejadian letupan pertama membabitkan premis Laundrybar, yang mana kejadian sebelum ini dilaporkan berlaku di Jinjang, Kuala Lumpur, pada April lalu menyebabkan seorang wanita berusia 40 tahun mengalami kecederaan.
Kelvin berkata, dalam kes pertama di Jinjang, pihaknya dapat mengenalpasti punca letupan disebabkan kebocoran gas selepas kerja penyelenggaraan, namun dalam kes kali ini, puncanya belum diketahui dan dalam siasatan bomba.
“Sebagai pelopor dalam perniagaan dobi, kami sentiasa mengamalkan langkah keselamatan yang ketat di premis kami untuk memastikan keselamatan pelanggan sepanjang masa, namun sangat malang apabila insiden seperti ini menyebabkan dua orang cedera.
“Rakaman CCTV di premis terbabit juga sudah diambil dan satu salinan diberikan kepada pihak bomba untuk membantu siasatan,” kata Kelvin.
sumber: https://www.bharian.com.my/berita/kes/2018/10/481945/2-cedera-dalam-letupan-di-kedai-dobi#cxrecs_s
.
Klang : Dua beranak cedera mesin pengering baju meletup di sebuah kedai dobi layan diri di johan setia, klang semalam. mangsa yang cedera dikejarkan ke hospital Tengku Ampuan Rahimah, (HTAR) Klang utk menerima rawatan.
Tekan butang 'start' terus meletup
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, berdasarkan laporan pengadu iaitu isteri mangsa, dia bersama suaminya dan dua anak mereka telah pergi ke kedai dobi berkenaan untuk mengeringkan pakaian.
"Semasa pengadu bersama anak kecil di dalam kereta, tiba-tiba berlaku letupan di mesin pengering tersebut dan menyebabkan suami dan anak perempuannya melecur pada tubuh badan.
"Pengadu telah meminta bantuan orang ramai membantu mengangkat suami dan anaknya ke dalam kereta sebelum memandu terus ke HTAR," katanya dalam satu kenyataan di sini sebentar tadi.
Shamsul Amar berkata, siasatan awal mendapati, letupan berlaku setelah suami pengadu menekan butang “START” mesin pengering, yang secara tiba-tiba meletup dan menyebabkan suami dan anak pengadu mengalami kebakaran pada tubuh badan.
Katanya, kedua-dua mangsa berada dalam keadaan stabil dan dirawat di HTAR di sini.
Menurutnya, pegawai bomba mengesahkan punca kejadian adalah akibat masalah teknikal pada mesin pengering yang menyebabkan api menyambar bahagian belakang yang menempatkan tong gas.
"Siasatan mendapati tiada unsur khianat dalam kes ini," ujarnya.
http://www.kosmo.com.my/terkini/dua-melecur-mesin-pengering-dobi-meletup-1.761053
Mangsa melecur meninggal dunia selepas 10 hari
![]()
KLANG - Setelah 10 hari bertarung nyawa, seorang lelaki yang melecur kira-kira 75 peratus selepas mesin pengering pakaian di sebuah kedai dobi di Jalan Johan Setia meletup, meninggal dunia pagi tadi.
Lelaki berusia 43 tahun itu menghembuskan nafas terakhirnya kira-kira pukul 8.30 pagi ketika menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi, Hospital Sungai Buloh di sini.
Mangsa yang sebelum ini menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah di sini ditukarkan ke Hospital Sungai Buloh pada Khamis lalu.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, pihaknya menerima panggilan daripada anak mangsa memaklumkan mengenai kematian ayahnya pada pukul 9 pagi tadi.
"Mangsa disahkan meninggal dunia akibat kegagalan organ dalaman kesan daripada melecur kira-kira 73 peratus," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Shamsul Amar berkata, anak perempuan mangsa yang turut melecur kira-kira 37 peratus kini sedang dirawat di Hospital Selayang sejak Isnin lalu.
Kosmo! Online pada 4 Oktober lalu melaporkan seorang bapa dan anak perempuannya melecur masing-masing 57 dan 37 peratus selepas mesin pengering pakaian sebuah kedai dobi di Jalan Johan Setia secara tiba-tiba meletup .
Lelaki berkenaan yang berusia 43 tahun dan anaknya berumur 14 tahun yang melecur pada beberapa bahagian badan dirawat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini.
Shamsul Amar berkata, letupan dipercayai berlaku selepas mangsa menekan butang “START” mesin pengering, yang secara tiba-tiba meletup dan menyebabkan dua beranak itu mengalami kebakaran pada tubuh badan.
http://www.kosmo.com.my/terkini/mes...i-melecur-73-peratus-meninggal-dunia-1.767191