BTC USD 85,386.0 Gold USD 4,301.32
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Cadangan harga RON95 diturunkan jika harga minyak dunia turun

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
ALOR GAJAH - Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan menyatakan beliau sendiri akan mengemukakan cadangan kepada kerajaan supaya menurunkan harga minyak RON95 sekiranya harga minyak mentah dunia turun pada paras antara US$70 (RM234) hingga US$75 (RM251) setong.

Ahmad berkata, penurunan harga tersebut boleh dilaksanakan kerana telah melepasi kadar subsidi yang ditanggung kerajaan.

"Saya difahamkan oleh pegawai-pegawai yang menjaga hal subsidi minyak ini, apabila harga minyak pada US$70 hingga US$75 setong, maka ia akan melepasi daripada tahap subsidi RM2.30 seliter.

"Saya secara peribadi, selaku Timbalan Menteri Kewangan, akan memberikan pandangan kepada Jawatankuasa Dasar Fiskal supaya menurunkan harga minyak RM2.30 ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis penutup penerangan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dan taklimat isu semasa Parlimen Masjid Tanah di sini, hari ini.

Ketika ini minyak mentah Brent berada pada paras US$79.41 (RM265.79) setong.

Menurut Ahmad, beliau juga akan mencadangkan supaya tiada sebarang cukai jualan dikenakan ke atas minyak berkenaan.

"Kenapa tidak perlu cukai jualan ini kerana pada saat dan ketika ini pun kita tidak mengenakan cukai jualan," katanya.

Dalam pada itu, katanya, sekiranya harga minyak itu diturunkan, beliau berharap para peniaga turut menurunkan harga barangan mereka kerana sering kali menjadikan kenaikan harga minyak sebagai alasan menaikkan harga barangan. - Bernama
 
Last edited:
Dan adakah anda semua percaya akan kenyataan menteri ini...;)
 
nak naik harga minyak cepat aje...kalau nak turun tu tahu lagi, selama ni harga minyak naik aje tak turun-turun pun.
 
Lanco punya menteri....

harap2...., jgn ler ada forumer yg dok tepek gambor dia....
 
jadi skrg ni ibarat kita beli minyak harga lama la mahal punya harga tanpa subsisi,
 
kalau ramai yg bedoa harga turun, In Sya Allah, turun la harga minyak RON 95 tu...
 
Back
Top
Log in Register