BTC USD 81,656.5 Gold USD 4,131.25
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dibelasah tiga lelaki potong kereta depan

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
166,601
Joined
Jan 13, 2009
Messages
166,601
Reaction score
22,872
Points
1,831
Kuala Lumpur: Hanya kerana memintas sebuah kereta, seorang lelaki teruk dibelasah tiga lelaki yang tidak berpuas hati terhadap tindakan mangsa berhampiran sebuah stesen minyak di Taman Tenaga, Cheras, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 pagi itu, mangsa berusia 24 tahun dikatakan dalam perjalanan menuju ke stesen minyak itu sebelum memintas sebuah kereta dinaiki kumpulan suspek kira-kira 100 meter dari lokasi kejadian.


Sumber polis berkata, pemandu kereta terbabit yang tidak berpuas hati kemudian menekan hon beberapa kali sebelum mengejar dan menghalang kereta mangsa di dalam kawasan stesen minyak itu.

“Mangsa yang baru membuka pintu kenderaan bagaimanapun ditumbuk di muka oleh suspek sebelum berlaku pergelutan.


“Mangsa cuba melawan, namun tidak berdaya apabila dikepung dan dibelasah beramai-ramai sebelum suspek beredar,” katanya.


Menurutnya, kumpulan suspek bagaimanapun berjaya melarikan diri dari lokasi kejadian.

“Mangsa yang cedera di muka dan lebam di seluruh badan kemudian mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Kuala Lumpur (HKL)

Mangsa membuat laporan di Balai Polis Salak Selatan di sini, untuk tindakan lanjut.


http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Dibelasahlepaspintaskereta/Article/index_html
 
Tauladan: Jangan berlagak dan sombong atas jalan raya. Pandu berhemah.

Bahaya betul Malaysia sekarang. Ada kena pasang DVR dan kamera dashboard ni. Untuk jadikan bukti laporan polis. Nak buat laporan polis untuk tuntutan insuran kemalangan pun senang.
 
besanye yg potong kurang ajar nih jek yg kna blasah..
 
dgr citer sblh pihak..cer tya yg belasah tu cmna cara dia potong..kdg2 yg nak motong tak bg signal trus masuk...aku pon hangin
 
slalu sangat aku jumpa orang potong line x bagi signal.lepas tu kalau masuk side x bagi signal..main masuk je..******..kalau yang potong line tu mmg salah,padan la muka.
 
biasanya yang panas, bila lepas potong terus kena himpit.. kehkeh
 
klau aku pun aku block kete tu... klau die langsi.. mmg tgn la mkn die.. lau die ok mtk maaf, aku pn bleh cool...
 
Back
Top
Log in Register