BTC USD 84,216.9 Gold USD 4,265.15
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bank Negara serbu 6 syarikat

ronaldinhood

Super Active Member
Messages
9,352
Paid Membership
Joined
Apr 3, 2006
Messages
9,352
Reaction score
73
Points
70
KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia menyerbu enam syarikat yang disyaki menjalankan urus niaga mata wang asing secara haram di Kuala Lumpur dan Selangor, kesalahan di bawah seksyen 4 Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953.

Aset dan dokumen syarikat syarikat dirampas untuk tujuan penyiasatan, kata bank itu dalam satu kenyataan.

Serbuan ini dibuat semalam berikutan aduan yang diterima daripada orang ramai ke atas AFS Global Holdings Sdn Bhd, Reed Corporation Sdn Bhd, Sigma Platinum Sdn Bhd, Wisdom Spectrum Sdn Bhd, Maxficient Consultancy Sdn Bhd dan Practical Support Sdn Bhd.
Akta terbabit melarang mana-mana orang, selain peniaga yang dibenarkan iaitu institusi kewangan berlesen untuk membeli atau meminjam sebarang mata wang asing daripada, atau menjual atau memberikan pinjaman sebarang mata asing kepada, mana-mana orang lain selain peniaga yang dibenarkan.


Mana-mana orang atau syarikat yang melakukan kesalahan di bawah seksyen 4 Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953 akan, atas sabitan, dikenakan denda tidak melebihi RM1 juta atau dipenjarakan untuk tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Sekadar makluman
 
hmm kompeni-kompeni ni sediakan servis apa sebelum ni?Sesapa effected by this?
 
asik main serbu jer..serbu jgn tak serbu..:D :D
 
serbu2 nih bape dah diorg dpt utk negara??
RM1 billion??
 
company yg kena serbu nie kebanyakkannya jd IB mana2 broker katluar tu,cr pelabur tu yg kena serbu dgn BNM,sebenarnya kat Msia puak2 BN memang sekat org lain nak jd kaya sebab tu lesen memungut deposit diorang bagi kat bank2 dgn co insuranse saje dan kebanyakkan kroni2 mereka yg pegang share company2 nie,mcm mane kita nak lahirkan top 100 org terkaya didunia kalau rakyat x dibenarkan dan diberi peluang mcm mane rakyat2 negara lain berniaga, kat USA byk co private yg diberi lesen memungut deposit walaupun tertakluk syarat yg ketat,kat msia jgn haraplah,semuanya kena guna kroni dan xde syarikat persendirian dibenarkan memungut deposit, so rakyat msia gagal bersaing dgn negara korea singapura disebabkan kerajaan BN yg menyekat semata2 nak kayakan kroni2 dan diri mereka:(scam :(scam :(scam
 
company mana tue??? ada yg join ke warga CG nie???
 
wisdom spectrum tu cam pernah aku dgr. base kat bangi kalau tak silap. baru nak bukak branch kat melaka. ramai jugak yang join
 
company yg kena serbu nie kebanyakkannya jd IB mana2 broker katluar tu,cr pelabur tu yg kena serbu dgn BNM,sebenarnya kat Msia puak2 BN memang sekat org lain nak jd kaya sebab tu lesen memungut deposit diorang bagi kat bank2 dgn co insuranse saje dan kebanyakkan kroni2 mereka yg pegang share company2 nie,mcm mane kita nak lahirkan top 100 org terkaya didunia kalau rakyat x dibenarkan dan diberi peluang mcm mane rakyat2 negara lain berniaga, kat USA byk co private yg diberi lesen memungut deposit walaupun tertakluk syarat yg ketat,kat msia jgn haraplah,semuanya kena guna kroni dan xde syarikat persendirian dibenarkan memungut deposit, so rakyat msia gagal bersaing dgn negara korea singapura disebabkan kerajaan BN yg menyekat semata2 nak kayakan kroni2 dan diri mereka:(scam :(scam :(scam

maksud hang ...IB BROKER yang kutip duit deposit untuk main FOREX (matawang asing) ....ek?? :-? #:-S #:-S #:-S
 
maksud hang ...IB BROKER yang kutip duit deposit untuk main FOREX (matawang asing) ....ek?? :-? #:-S #:-S #:-S

kalau mcm ni, masalah ni.....#:-S #:-S
 
Back
Top
Log in Register